Skip to main content

Dunia

Iran tolak gencatan senjata sementara, mahu tamatkan konflik sepenuhnya

https://www.sinarharian.com.my/article/775086/global/delegasi-iran-akan-ke-pakistan-untuk-rundingan-damai-dengan-as---diplomat-iran-sahkan
Saeed Khatibzadeh berkata Iran kekal komited untuk memastikan Selat Hormuz terus terbuka, namun memberi isyarat pengaturan baharu boleh diperkenalkan, termasuk langkah-langkah berkaitan keselamatan dan laluan pelayaran yang selamat. - Gambar fail

IRAN menolak sebarang gencatan senjata sementara dan sedang berusaha untuk menamatkan konflik sepenuhnya di seluruh rantau ini.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Menteri Luar Iran, Saeed Khatibzadeh ketika berucap di Forum Diplomasi Antalya pada Jumaat.

Advertisement

Memetik Anadolu Ajansi, Khatibzadeh berkata sebarang gencatan senjata mesti merangkumi semua medan konflik dari Lubnan hingga ke Laut Merah, sambil menyifatkannya sebagai garis merah bagi Tehran.

"Kami (Iran) tidak menerima sebarang gencatan senjata sementara,” katanya sambil menambah bahawa kitaran konflik perlu ditamatkan sekali dan untuk selamanya.

Khatibzadeh turut berkata Pakistan terlibat dalam usaha pengantaraan yang bertujuan untuk mencapai penyelesaian yang lebih menyeluruh.

Beliau juga berkata Iran kekal komited untuk memastikan Selat Hormuz terus terbuka.

Namun memberi isyarat pengaturan baharu boleh diperkenalkan, termasuk langkah-langkah berkaitan keselamatan dan laluan pelayaran yang selamat.

Must Watch Video