awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak naik, OPEC+ dijangka tingkatkan pengeluaran

Bernama
Bernama
29/09/2025
21:50 MYT
Harga minyak naik, OPEC+ dijangka tingkatkan pengeluaran
Harga minyak meningkat sedikit pada Isnin berikutan ketegangan geopolitik berterusan yang meningkatkan kebimbangan terhadap bekalan global. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Harga minyak meningkat sedikit pada Isnin berikutan ketegangan geopolitik berterusan yang meningkatkan kebimbangan terhadap bekalan global, sekali gus mengimbangi tekanan daripada penyambungan semula aliran minyak dari wilayah Kurdistan Iraq dan jangkaan peningkatan pengeluaran oleh OPEC+, lapor Anadolu Ajansi.
Minyak mentah Brent diniagakan pada US$68.80 setong pada 9.14 pagi waktu tempatan (0614 GMT), meningkat 0.2 peratus berbanding penutupan sebelumnya iaitu US$68.69.
Penanda aras Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) pula meningkat 0.2 peratus kepada US$65.09 daripada US$64.98 dalam sesi terdahulu.
Sementara itu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turkiye, Alparslan Bayraktar mengumumkan pada Sabtu yang penghantaran minyak melalui saluran paip Iraq-Turkiye disambung semula.
Saluran paip berkembar itu, dengan kapasiti gabungan kira-kira 1.5 juta tong sehari (bpd), menghubungkan telaga minyak di Iraq termasuk wilayah pentadbiran Kurdistan (KRG) ke terminal eksport Mediterranean di Pelabuhan Ceyhan, Turkiye.
Bayraktar berkata, penghantaran awal dijangka purata sekitar 200,000 tong sehari dan saluran paip itu ditutup sejak gempa bumi pada 6 Februari 2023 sebelum siap dibaik pulih oleh pengendali saluran paip negara, BOTAS, pada Oktober tahun lepas.
Pasaran juga memberi tumpuan kepada mesyuarat OPEC+ pada Ahad ini dan negara anggota OPEC dan sekutunya dijangka membincangkan peningkatan pengeluaran untuk bulan November. Menurut penganalisis, langkah itu bertujuan untuk merebut semula bahagian pasaran yang hilang kepada pengeluar syal minyak AS sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak naik
#OPEC
#minyak mentah Brent
#ketegangan geopolitik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan