ANKARA: Harga minyak meningkat pada Isnin susulan kebimbangan mengenai bekalan bahan api itu selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, (OPEC+) bersetuju mengekalkan dasar pengurangan pengeluaran dalam menghadapi sekatan Kesatuan Eropah (EU).
Kenaikan harga itu juga susulan pelaksanaan penetapan had harga ke atas eksport minyak Rusia serta sekatan COVID-19 di China.
Penanda aras antarabangsa bagi minyak mentah Brent diniagakan pada AS$86.02 setong pada 09.55 pagi waktu tempatan (0655 GMT), naik 0.52 peratus berbanding AS$85.57 setong pada sesi dagangan sebelumnya.
Sementara itu, penanda aras Amerika West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$80.50 setong, kenaikan 0.65 peratus selepas sesi sebelum ditutup pada AS$79.98 setong.
OPEC+ pada Ahad bersetuju untuk mematuhi sasaran mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak dua juta tong sehari (bpd) sehingga akhir tahun hadapan.
Mesyuarat secara maya itu berlangsung sehari sebelum larangan EU terhadap eksport minyak mentah Rusia dan dihadkan pada AS$60 setong yang akan berkuat kuasa pada Isnin.
"Keputusan OPEC+ untuk meneruskan pengurangan pengeluaran minyak sebanyak dua juta tong sehari yang dipersetujui baru-baru ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, memandangkan ketidaktentuan dalam pasaran terhadap kesan larangan import minyak mentah EU-Rusia pada 5 Dis dan penetapan harga yang dibuat G7," kata naib presiden minyak makro di Wood Mackenzie, Ann-Louise Hittle menerusi e-mel.
Hittle berkata kumpulan pengeluar menghadapi risiko menurun akibat pertumbuhan ekonomi global yang lemah dan dasar sifar COVID China.
"Pelarasan terhadap larangan EU dan penetapan harga berkemungkinan membantu menyokong harga minyak buat sementara waktu," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022

OPEC pada Ahad bersetuju untuk mematuhi sasaran mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak dua juta tong sehari (bpd) sehingga akhir tahun hadapan. - Gambar hiasan
![AWANI 7:45 [06/02/2023] - Bincang sebelum keputusan | Tiada wakil Melayu | Kemungkinan banjir | Mangsa gempa bumi meningkat AWANI 7:45 [06/02/2023] - Bincang sebelum keputusan | Tiada wakil Melayu | Kemungkinan banjir | Mangsa gempa bumi meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008269/17543201601675689452319_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [06/02/2023] - Bincang sebelum keputusan | Tiada wakil Melayu | Kemungkinan banjir | Mangsa gempa bumi meningkat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz; 1. PKR rujuk pemimpin UMNO, bekas ahli UMNO masuk PKR 2. Kabinet bayangan PN, dianggap tidak cukup sifat 3. Lagi amaran hujan berterusan.... hujan sampai esok 4. Lebih seribu mangsa gempa bumi Turki dan Syria, Malaysia hantar bantuan #AWANInews

Anwar pertahan lantikan, tegaskan Nurul Izzah tidak akan salah guna kuasa
Beliau cakna dengan respons daripada rakyat namun sekali lagi menegaskan anaknya itu tidak akan menerima sebarang imbuhan.

AWANI Ringkas: Malaysia hantar pasukan SMART, bantu operasi SAR di Turkiye
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tukang masak pukul majikan hingga maut direman
Suspek berusia 55 tahun itu ditahan sejurus kejadian berlaku di sebuah restoran di Jalan Stadium di sini.

Media ASEAN | Wartawan Malaysia dan Indonesia bersama bincang isu serantau
Wartawan Malaysia dan Indonesia perlu bersama membincangkan isu-isu serantau yang memberi impak kepada kedua-dua negara.

Tembak Belon | China sekali lagi kutuk Amerika Syarikat
China sekali lagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menembak jatuh belon yang didakwa pengintip negara itu Sabtu lalu.

Menu Rahmah | Restoran tawar menu asam pedas Melaka
Sebagai usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan, sebuah restoran asam pedas terkenal di Bandar Hilir, Melaka turut mengambil inisiatif menawarkan sajian menu Rahmah, set asam pedas dengan harga serendah RM5.
![[KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang [KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675685761_akhbarsatar.jpg)
[KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang
Poligraf digunakan oleh agensi penguatkuasa undang-undang, sistem kehakiman, sektor swasta dan media di beberapa negara untuk menentukan sama ada seseorang itu bercakap benar.

Gempa Bumi | Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ini perkembangan terbaharu. Kurang 12 jam selepas dilanda gempa bumi dahsyat bermagnitud 7.8, Turkiye dilanda satu lagi gempa bermagnitud tinggi. Media kerajaan di Syria juga melaporkan, Damsyik turut terjejas dengan gempa susulan itu.

Politik | Anwar akui ada bekas ahli UMNO mahu sertai PKR
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada bekas ahli UMNO yang berminat menyertai parti itu. Namun perkara itu perlu dibincangkan bersama kepimpinan UMNO terlebih dahulu.

Iran di kedudukan keempat dalam kalangan pembekal minyak utama OPEC
Menurut laporan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), pengeluaran minyak Iran pada Disember 2022 sebanyak 2.72 juta tong sehari.

Minyak AS ditutup paling rendah dalam setahun, kebimbangan kemelesetan meningkat
Kemerosotan itu menyusuli sesi suram di pasaran minyak yang menyaksikan WTI dan Brent turun masing-masing 3.8 peratus dan 3.4 peratus, pada Isnin.

Harga minyak naik selepas OPEC kekalkan dasar kurangan pengeluaran
Kenaikan harga itu juga susulan pelaksanaan penetapan had harga ke atas eksport minyak Rusia serta sekatan COVID di China.

Harga minyak meningkat setelah OPEC dan sekutu setuju kurangkan pengeluaran
West Texas Intermediate bagi penghantaran November meningkat AS$1.24 untuk ditutup pada US$87.76 setong.

Jordan peroleh pinjaman US$100 juta untuk tingkatkan dasar keselamatan makanan
Pinjaman itu bertujuan menjamin rizab gandum dan barli serta meningkatkan sistem keselamatan makanan di negara itu.

Menteri OPEC Plus adakan pertemuan bersemuka pertama sejak 2020
Pertemuan bersemuka peringkat menteri OPEC itu adalah yang pertama diadakan sejak Mac 2020 berikutan sekatan COVID-19.

Kenanga Investment jangka harga minyak kekal tinggi akibat krisis berterusan Rusia-Ukraine
Keadaan itu diburukkan lagi dengan inventori minyak yang rendah, ditambah pula dengan pengambilan stok secara agresif.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini
Pada 9.00 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2350/2370 berbanding dolar AS daripada 4.2300/2330 pada penutupan urus niaga Khamis.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bursa dibuka tinggi seketika sebelum menyusut kerana sentimen berhati-hati
Pada jam 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran turun 1.67 mata kepada 1,520.81 daripada 1,522.48 pada penutupan Jumaat minggu lepas.