ANKARA: Harga minyak susut sedikit pada Isnin susulan permintaan yang lemah berpunca daripada kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi dunia, selain pengukuhan dolar AS yang menghalang pelabur berdagang dalam minyak yang berindekskan dolar AS, lapor Anadolu.
Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent didagangkan pada AS$91.30 setong pada 09.26 pagi waktu tempatan (0626 GMT), susut 0.05 peratus berbanding harga penutupan AS$91.35 setong pada sesi dagangan sebelumnya.
Penanda aras Amerika West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$84.19 setong, turun 0.67 peratus berbanding ditutup pada AS$84.76 setong pada sesi sebelumnya.
Walaupun laporan pasaran oleh OPEC dan Agensi Tenaga Antarabangsa (EIA) menganggarkan permintaan ke atas minyak global meningkat pada tahun ini dan tahun depan, dengan permintaan melepasi paras pra-COVID pada 2023, sekatan permintaan ekoran kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi global, menjejaskan harga.
Menurut OPEC penggantian gas kepada minyak untuk penjanaan kuasa dan penggunaan oleh sektor perindustrian di OECD Eropah dan Asia, mewakili komponen penting dalam prospek permintaan bagi tahun itu.
EIA juga mengunjurkan peningkatan dalam permintaan, namun memberi amaran mengenai kedudukan ekonomi China yang goyah, selain kelembapan berterusan dalam ekonomi OECD.
Pada Ahad, pihak berkuasa China memaklumkan sekatan COVID-19 di bandar Chengdu di barat daya China akan ditarik balik pada Isnin.
"Pasaran masih berhadapan sekatan sekatan minyak Eropah ke atas Rusia. Memandangkan bekalan terganggu pada awal Disember, pasaran tidak mungkin melihat sebarang maklum balas segera daripada pengeluar Amerika Syarikat," kata Pakar Strategi Komoditi Kumpulan Perbankan Australia dan New Zealand (ANZ), Daniel Hynes dalam notanya menerusi e-mel.
Hynes berkata pertumbuhan didorong oleh "kos yang meningkat, pasaran buruh yang ketat dan pemegang saham yang masih mahu membuat keuntungan."
Harga minyak berindeks dolar AS mengalami tekanan ekoran kenaikan nilai dolar AS.
Indeks dolar AS, yang mengukur nilai dolar Amerika berbanding sekumpulan mata wang, termasuk yen Jepun, paun British, dolar Kanada, krona Sweden dan franc Switzerland, meningkat 0.22 peratus kepada 109.75.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022
Harga minyak berindeks dolar AS mengalami tekanan ekoran kenaikan nilai dolar AS.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan penurunan pasaran serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran menurun pasaran niaga hadapan serantau dan kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang meningkat, menjejaskan sentimen pasaran getah Kuala Lumpur.
Pasaran getah ditutup tinggi dirangsang kenaikan berterusan niaga hadapan getah serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran meningkat untuk ditutup tinggi pada Selasa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang disebabkan oleh hujan dan banjir di negara pengeluar utama, kata peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, apabila sentimen pasaran didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 28 Nov hingga 4 Dis ini.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.