Harga minyak global turun apabila minyak mentah Brent jatuh kepada AS$97 setong ketika terbitnya harapan baharu untuk usaha diplomatik bagi meredakan ketegangan di Asia Barat, lapor Anadolu Ajansi.
Niaga hadapan minyak mentah Brent penanda aras antarabangsa didagangkan pada AS$98.2 setong setakat 0030 GMT pada Rabu.
Advertisement
Harga turun selepas keluar laporan mengenai rundingan baharu untuk menstabilkan rantau ini dan mencegah gangguan bekalan.
Laporan berita mendakwa Amerika Syarikat (AS) sedang mengusahakan gencatan senjata untuk memudah cara rundingan manakala The New York Times melaporkan Washington telah menghantar cadangan 15 perkara kepada Iran bagi menyelesaikan konflik itu.
Pada Selasa, harga minyak meningkat selepas Tehran menafikan terlibat dalam rundingan dengan AS dan memberi isyarat ia tidak berhasrat untuk memulihkan keadaan perkapalan di Selat Hormuz.
-- BERNAMA-ANADOLU