awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harry, Meghan 'menghadap' Ratu Elizabeth dalam kunjungan mengejut ke UK

Agensi
Agensi
16/04/2022
07:16 MYT
Harry, Meghan 'menghadap' Ratu Elizabeth dalam kunjungan mengejut ke UK
Putera Harry dan Meghan Markle singgah di London untuk 'menghadap' Ratu Elizabeth II pada Khamis lalu. - Gambar fail AP
LONDON: Selepas hampir dua tahun 'memutuskan' hubungan dengan keluarga diraja Britain, Putera Harry dan isteri, Meghan Markle akhirnya kembali 'menghadap' Ratu Elizabeth II di sini, Khamis lalu.
Pertemuan 'diraja' itu bagaimanapun tidak didedahkan kepada media mahupun rakyat Britain sehingga pasangan itu berangkat ke destinasi yang seterusnya.
CNN yang memetik jurucakap pasangan itu sebagai berkata, Harry dan Meghan singgah bertemu Ratu Elizabeth ketika dalam perjalanan mereka untuk menghadiri Invictus Games di Belanda.
Ini merupakan pertemuan pertama mereka sejak pasangan itu mengejutkan keluarga diraja British apabila memutuskan untuk berundur daripada barisan hadapan tugas diraja tanpa berbincang dengan Ratu Elizabeth II pada awal tahun 2020.
Pasangan itu memaklumkan akan menghabiskan waktu di Amerika Utara dan turut memutuskan hubungan dengan media yang sudah lama terjalin.
Berita mengejutkan itu menyusuli beberapa tahun yang mencabar buat pasangan itu, yang secara terbuka mengakui bergelut dalam perhatian umum dan semakin terpisah daripada William.
Namun pada tahun lalu, Harry kembali ke United Kingdom (UK) bagi bersama-sama abangnya Putera William untuk merasmikan tugu ibu mereka, Puteri Diana di Sunken Garden di Istana Kensington, tempat yang disukai oleh mendiang Puteri Wales itu.
Kemunculan Harry mencuri tumpuan para media sehingga putera itu terpaksa mendapatkan perlindungan polis untuk kembali.
Harry dan Meghan adalah antara ahli paling kanan dalam keluarga diraja Britain di samping William dan isterinya, Kate Middleton, yang dilihat sebagai masa depan monarki.
Topic Berkaitan
#Meghan Markle
#Keluarga DiRaja Britain
#Queen Elizabeth II
#Putera Harry
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan