awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
PM umum pengecualian cukai 10 tahun bagi yayasan pendidikan
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hartawan India Gautam Adani individu kedua terkaya dunia, atasi pengasas Amazon Jeff Bezos

Bernama
Bernama
17/09/2022
05:26 MYT
Hartawan India Gautam Adani individu kedua terkaya dunia, atasi pengasas Amazon Jeff Bezos
Gautam Adani menjadi rakyat pertama India mencapai tahap kekayaan global yang tertinggi. - Reuters
NEW YORK: Hartawan India Gautam Adani mengatasi pengasas Amazon Jeff Bezos sebagai individu kedua terkaya di dunia, menjadikannya rakyat pertama India mencapai tahap kekayaan global yang tertinggi, menurut Bloomberg Billionaires Index pada Jumaat, lapor Sputnik.
Adani, yang sebelum ini di tempat ke-14 Indeks Billionaires Bloomberg, memiliki anggaran kekayaan semasa berjumlah AS$146.9 bilion di belakang pengasas Tesla, Elon Musk.
Musk individu terkaya di dunia ketika ini dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$260 bilion.
Menurut Bloomberg Billionaires Index nilai kekayaan Adani meningkat selepas saham syarikat perdananya Adani Enterprises Ltd. melonjak ke paras tertinggi minggu ini.
Nilai saham beberapa syarikat kumpulan Adani juga bertambah lebih daripada 1,000 peratus sejak 2020.
Sementara itu, nilai bersih Bezos merosot kepada US$145.8 bilion pada penilaian terakhir apabila penjualan semula saham syarikat Big Tech di Wall Street menjejaskan kekayaan individu terkaya Amerika dalam sektor itu. Saham Amazon menurun lebih 25 peratus tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gautam Adani
#individu terkaya dunia
#kekayaan global
#India
#Jeff Bezos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan