awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penuntut UTHM maut, empat rakan cedera kereta terbabas
AirBorneo sedia berunding mengenai waran tiket penjawat awam - Abang Johari
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harvard pelik Indonesia tiada kes COVID-19, Jakarta anggap sebagai penghinaan

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2020
12:20 MYT
Harvard pelik Indonesia tiada kes COVID-19, Jakarta anggap sebagai penghinaan
Indonesia mempertahankan negaranya mempunyai kelengkapan untuk mengesan COVID-19. - Gambar hiasan Astro AWANI / Shahir Omar
INDONESIA mengkritik kajian Universiti Harvard yang mempersoalkan ketiadaan kes COVID-19 di negara paling ramai di Asia Tenggara itu.
Kajian itu mempersoalkan ketiadaan kes COVID-19 di republik berkenaan walaupun negara berkenaan mempunyai laluan penerbangan yang luas ke China, termasuk ke Wuhan, lokasi tercetusnya wabak berkenaan.
"(Kajian) ini satu penghinaan!" tegas Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto.
Malah beliau mempertahankan negaranya mempunyai kelengkapan untuk mengesan COVID-19.
"Mereka boleh terus tertanya-tanya, tetapi inilah fakta.
"Kita berharap virus ini tidak sampai ke Indonesia dan kita akan terus berdoa, tetapi kita akan berwaspada ke tahap tertinggi," kata Terawan BACA: COVID-19: Tiga lagi kes positif di Singapura BACA: Kes disahkan koronavirus di Thailand bertambah satu lagi, jumlahnya terkini 33 BACA: Pelancong Kanada antara tujuh suspek baharu kes koronavirus di Sarawak
Kajian oleh Universiti Harvard itu juga mencadangkan agar pihak berkuasa Indonesia segera meningkatkan usaha pemantauan bagi mengesan virus berkenaan.
Indonesia merupakan antara lokasi tumpuan pelancong China dengan sekurang-kurangnya dua juta pelancong direkodkan dari negara berkenaan saban tahun.
Topic Berkaitan
#2019-nCoV
#Asia
#China
#coronavirus
#COVID-19
#Indonesia
#Jakarta
#kesihatan
#koronavirus
#menteri
#pelancong
#penerbangan
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan