Penuntut UTHM maut, empat rakan cedera kereta terbabas

Anggota bomba membantu mangsa yang terbabit nahas di Jalan Felda Maokil pada Sabtu. -Foto tular
MUAR: Seorang penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) cawangan Pagoh maut, manakala empat lagi rakannya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Felda Moakil di sini pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Seorang penuntut UTHM cawangan Pagoh maut dan empat rakannya cedera selepas kereta terbabas di Jalan Felda Moakil pada Sabtu.
- Mangsa terlibat dalam perjalanan pulang selepas mandi-manda di kawasan air terjun berhampiran Bekok sebelum nahas berlaku.
- Pemandu kereta dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan terbabas; kesemua mangsa cedera dirawat di Hospital Segamat manakala kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata, Mohd Amir Faizal merupakan penumpang belakang sebuah kereta jenis Honda Accord.
“Tiga lagi penuntut UTHM iaitu pemandu kereta, Dameer Amir Mokhzani Aris, 21, mengalami kecederaan parah di kepala, manakala penumpang Ameer Ikhwan Ahmad Nurul Lail, 21; Muhammad Aiman Musa, 21; dan Muhammad Hakimi Hisyamuddin, 21, cedera ringan.
“Kesemua mangsa yang cedera sedang dirawat di Hospital Segamat. Siasatan mendapati kesemua mereka dalam perjalanan dari Labis ke pekan Pagoh.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan yang dinaiki terbabas ke bahu kiri jalan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tambah beliau, orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 51 saat memaparkan anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa daripada kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan kemalangan di Jalan Felda Moakil yang melibatkan penuntut UTHM? A: Kemalangan berlaku apabila pemandu kereta dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan terbabas ke bahu kiri jalan.
- Q: Berapakah bilangan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut? A: Seorang penuntut UTHM meninggal dunia manakala empat rakannya cedera dalam kemalangan itu.
- Q: Di manakah lokasi kejadian kemalangan yang mengakibatkan kematian seorang penuntut UTHM? A: Kemalangan berlaku di Jalan Felda Moakil, di mana Mohd Amir Faizal Hasrolnizam meninggal dunia di tempat kejadian.
- Q: Siapakah yang sedang menjalankan siasatan terhadap kemalangan tersebut? A: Siasatan kes kemalangan tersebut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh pihak berkuasa polis.
- Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap mangsa yang cedera dalam kemalangan tersebut? A: Mangsa yang cedera sedang dirawat di Hospital Segamat bagi mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

