awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasil autopsi Tangmo Nida dapati tiada kesan kecederaan kepala, patah gigi

Gempak
Gempak
11/03/2022
14:25 MYT
Hasil autopsi Tangmo Nida dapati tiada kesan kecederaan kepala, patah gigi
Selepas polis menafikan terdapat unsur jenayah dalam kematian bintang tersebut, kini giliran doktor forensik di Institut Kedoktoran Forensik (IFM) memberi kenyataan. - Gambar/ Gempak
BERITA kematian aktres Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong memang menjadi perbincangan hangat bukan sahaja di negara Gajah Putih tersebut tetapi dalam kalangan netizen Malaysia.
Pelbagai teori dan andaian, malah netizen Malaysia juga tak habis menggali kisah misteri di sebalik kematian Tangmo, yang mayatnya ditemui dua hari selepas terjatuh dari bot laju di Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu.
Selepas pihak polis menafikan terdapat unsur jenayah dalam kematian bintang tersebut, kini giliran pihak doktor forensik di Institut Kedoktoran Forensik (IFM) memberi kenyataan.
Menurut laporan Bangkok Post, sumber yang enggan namanya disebut mengatakan tidak menemui sebarang kecederaan mencurigakan pada bahagian kepala Tangmo yang sebelum ini dikatakan mengalami kesan objek keras selain bahagian pada sekitar matanya lebam.
Hasil autopsi, tidak ada gigi patah atau cedera kepala dialami Tangmo. Pihak doktor juga tidak menemukan gigi yang patah selepas memeriksa rongga mulut pelakon cantik itu.
"Tidak ditemukan juga tanda-tanda trauma dari benda keras usai memeriksa bahagian kepala Tangmo Nida," lapor media tempatan tersebut.
Bagaimanapun sumber sama mengaku paha kanan Tangmo mengalami luka yang agak besar.
Sebelumnya, ibu Tangmo, Panida Sirayootyotin mahu pihak berkuasa menjalankan autopsi kali kedua terhadap anaknya kerana tidak berpuas hati dengan hasil autopsi pertama.
Sementara itu, upacara pemakaman Tangmo berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga fasa pembakaran yang dijadualkan pada 14 Mac ini.
Artikel asal disiarkan Gempak.
Topic Berkaitan
#Tangmo Nida
#bedah siasat
#netizren malaysia
#gigi patah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan