awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter hilang ditemukan di timur Rusia, 4 terkorban

Bernama
Bernama
22/07/2024
11:40 MYT
Helikopter hilang ditemukan di timur Rusia, 4 terkorban
Pasukan penyelamat pada Isnin menemukan helikopter Robinson yang hilang Jumaat lepas di Yakutia, di timur Jauh Rusia. -Gambar hiasan
VLADIVOSTOK: Pasukan penyelamat pada Isnin menemukan helikopter Robinson yang hilang Jumaat lepas di Yakutia, di timur Jauh Rusia, menurut laporan media tempatan yang dipetik oleh Xinhua.
Juruterbang dan tiga penumpang disahkan maut, lapor agensi berita TASS yang memetik kenyataan perkhidmatan akhbar Pejabat Pendakwa Raya Pengangkutan Siberia Timur.
"Menurut maklumat yang diterima daripada ketua cawangan Sakha (Yakutia) Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan, helikopter Robinson ditemukan musnah sepenuhnya semasa operasi mencari dan menyelamat.
"Mayat juruterbang dan tiga penumpang telah ditemukan," menurut laporan itu.
Keadaan cuaca buruk telah menyukarkan usaha menyelamat dari Jumaat hingga Ahad. Pada pagi Isnin, sebuah helikopter Mi-8 di Daerah Aldan, Yakutia menemukan bangkai helikopter itu di lereng gunung.
Pusat Mencari dan Menyelamat Angkasa Penerbangan mengesan bahawa suar kecemasan daripada helikopter Robinson R44 II diaktifkan di Yakutia pada Jumaat lepas, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasukan penyelamat
#helikopter terhempas
#Robinson R44 II
#Aldan Yakutia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan