awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter Putin berada di tengah serangan dron Ukraine - Komander

Bernama
Bernama
26/05/2025
10:30 MYT
Helikopter Putin berada di tengah serangan dron Ukraine - Komander
Lawatan Putin ke wilayah berkenaan turut merangkumi pertemuan bersama sukarelawan, pemimpin pihak berkuasa tempatan serta Pemangku Gabenor Alexander Khinshtein. - Gambar fail/ Reuters
MOSCOW: Helikopter yang membawa Presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan berada di tengah-tengah serangan dron oleh Ukraine semasa lawatannya ke Wilayah Kursk pada 20 Mei lalu, menurut laporan agensi berita TASS memetik kenyataan seorang komander pertahanan udara.

Ringkasan AI
  • Helikopter yang membawa Presiden Rusia, Vladimir Putin berada berhampiran kawasan serangan dron Ukraine semasa lawatannya ke Wilayah Kursk pada 20 Mei 2025.
  • Komander pertahanan udara Yuri Dashkin menyatakan unit mereka sedang aktif memintas serangan dron sambil memastikan keselamatan penerbangan presiden.
  • Lawatan itu merupakan kunjungan rasmi pertama Putin ke Kursk sejak wilayah itu diisytiharkan "dibebaskan" pada 26 April, termasuk pertemuan dengan sukarelawan dan pemimpin tempatan.

Komander Yuri Dashkin berkata pesawat presiden sedang melalui kawasan itu ketika serangan mencapai tahap paling sengit.
"Helikopter Presiden Rusia berada hampir di pusat usaha menangkis serangan berskala besar oleh dron musuh," katanya dalam satu temu bual yang disiarkan oleh saluran televisyen Rossiya-24.
Beliau menambah bahawa unit pertahanan udara sedang melaksanakan langkah-langkah tindak balas aktif untuk memintas serangan dron sambil memastikan keselamatan penerbangan presiden.
Lawatan Putin ke wilayah berkenaan turut merangkumi pertemuan bersama sukarelawan, pemimpin pihak berkuasa tempatan serta Pemangku Gabenor Alexander Khinshtein.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Wilayah Kursk sejak wilayah itu diisytiharkan "dibebaskan" pada 26 April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#Vladimir Putin
#helikopter
#dron Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami