awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter tentera Jepun hilang: Lima mayat ditemukan di Okinawa

Bernama
Bernama
16/04/2023
13:11 MYT
Helikopter tentera Jepun hilang: Lima mayat ditemukan di Okinawa
Misi mencari dan menyelamat 24 jam yang melibatkan kapal selam khas, pesawat dan bot peronda itu turut menemukan dua rakit penyelamat dan beberapa baki serpihan badan pesawat. - Sinar Harian
MOSCOW: Lima mayat dan beberapa lagi serpihan helikopter tentera Jepun UH-60JA yang hilang minggu lalu ditemukan pada kedalaman 106 meter (348 kaki) di perairan wilayah Okinawa pada Ahad, lapor Sputnik.
Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada mayat itu adalah penumpang yang menaiki helikopter berkenaan, menurut Agensi Berita Kyodo, memetik pihak berkuasa pertahanan.
Usaha sedang dijalankan untuk membawa mayat ke permukaan.
Helikopter itu berlepas dari pangkalan Miyakojima di Pulau Miyako pada 15:46 (06:46 GMT) Khamis lalu dan sepatutnya kembali ke pangkalan sama pada 17:05, sebelum ia hilang daripada radar.
Misi mencari dan menyelamat 24 jam yang melibatkan kapal selam khas, pesawat dan bot peronda itu turut menemukan dua rakit penyelamat dan beberapa baki serpihan badan pesawat.
Pesawat itu membawa 10 penumpang, lapan daripadanya terdiri pegawai berpangkat tinggi termasuk komander divisyen kelapan tentera Jepun, Yuichi Sakamoto, yang dilantik memegang jawatan itu pada 31 Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#helikopter hilang
#mayat
#Jepun
#Okinawa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan