DOHA: Sebuah helikopter terhempas di Qatar akibat kegagalan teknikal dan terjatuh ke dalam perairan wilayahnya, manakala operasi mencari kru sedang dijalankan, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Qatar pada Ahad.
"Kementerian Pertahanan Qatar mengumumkan bahawa sebuah helikopter milik Qatar mengalami kegagalan teknikal ketika menjalankan tugas rutin, yang menyebabkan ia terhempas di perairan wilayah negara ini," menurut kementerian itu.
Advertisement
Operasi mencari dan menyelamat untuk mengesan kru serta penumpang sedang giat dijalankan, tambah kementerian itu lagi.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIANOVOSTI