awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter terhempas: Kim Jong Un ucap takziah kepada Iran

Astro Awani
Astro Awani
21/05/2024
03:20 MYT
Helikopter terhempas: Kim Jong Un ucap takziah kepada Iran
Menurut Kim, Raisi merupakan seorang negarawan cemerlang yang telah memberikan sumbangan besar kepada perjuangan rakyat Iran.
PEMIMPIN Korea Utara Kim Jong Un menghantar mesej ucapan takziah kepada Iran berhubung kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter pada Ahad.
Menurut laporan KCNA, Kim dalam kenyataan pada Selasa menyifatkan kematian Raisi sebagai satu 'kehilangan besar' kepada Iran.
Beliau juga berharap ahli keluarga Raisi tabah menghadapi kehilangan tersebut.
Menurut Kim, rakan karibnya itu merupakan seorang negarawan cemerlang yang telah memberikan sumbangan besar kepada perjuangan rakyat Iran.
Ini termasuk melindungi kedaulatan, pembangunan dan kepentingan negara dan revolusi Islam.
Korea Utara dan Iran mempunyai hubungan rapat dan dipercayai bekerjasama dalam program peluru berpandu balistik dan bertukar kepakaran teknikal.
Topic Berkaitan
#Ebrahim Raisi
#Iran
#Korea Utara
#ucapan takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan