MENTERI Luar Iran, Abbas Araghchi menegaskan Iran tidak akan berdiam diri atau melihat kedaulatan negara itu dicabul.
Memetik Reuters, tegasnya, serangan ke atas wilayah negara itu perlu dihentikan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang kemungkinan rundingan damai mahupun berkaitan isu nuklear.
Advertisement
"Setakat ini tiada komunikasi antara Tehran dan Washington selain menjelaskan negara Uncle Sam itu tahu bagaimana mahu menghubungi Iran," katanya.
Malah, beliau menegaskan pihaknya terbuka untuk meredakan ketegangan serantau yang sedang berlaku dan dimulakan oleh rejim Zionis dan Amerika Syarikat.
Menurut Media Antarabangsa Iran menegaskan tiada pemimpin tertinggi negara itu yang terkorban dalam serangan jahat rejim zionis dan sekutunya AS pada Sabtu.
Bagaimanapun, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kehilangan seorang atau dua komander dalam serangan itu.
"Kita mungkin kehilangan seorang dua komander, tetapi hampir semua pegawai selamat dan masih hidup," katanya.
Selain itu, Abbas melihat kemungkinan rundingan dapat dicapai yang menjadi projek nuklear Iran adalah selamat.
Tegasnya, Iran tidak mempunyai kebolehan dan menegaskan peluru berpandu yang dihasilkan mampu untuk menyerang AS.