Skip to main content

Dunia

Hillary Clinton dakwa pentadbiran Trump melengah-lengahkan pendedahan fail Epstein

Former US Secretary of State Hillary Clinton speaks at the opening of "The World Forum 2026" under the title "Will democracy. Will humankind. Will the planet survive?" at the Hotel Adlon Kempinski, in Berlin, Monday Feb. 16, 2026. (Carsten Koall/dpa via AP)
Bekas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, berucap pada pembukaan “The World Forum 2026” bertemakan *“Will democracy. Will humankind. Will the planet survive?”* di Hotel Adlon Kempinski, Berlin. - Foto AP

BERLIN: Hillary Clinton menuduh pentadbiran Presiden Donald Trump “melindungi” maklumat dalam fail Jeffrey Epstein, dengan mendakwa beberapa dokumen masih “dilengah‑lengahkan” meskipun undang‑undang menuntut pendedahan lebih luas.

Dalam temu bual bersama BBC di Berlin, beliau menggesa pihak berkuasa “dedahkan semua fail, tanpa pengecualian.”

Advertisement

White House menolak dakwaan itu, menyatakan ribuan dokumen sudah didedahkan dan kerjasama diberikan kepada Jawatankuasa Pengawasan Dewan.

Mereka berhujah langkah tersebut “lebih banyak membantu mangsa berbanding apa yang dilakukan Demokrat.”

Hillary turut berpendapat mana-mana individu yang dipanggil sebagai saksi, termasuk Andrew Mountbatten‑Windsor, wajar tampil memberi keterangan.

Beliau menegaskan kemunculan nama dalam fail bukan bukti salah laku; Andrew juga berulang kali menafikan tuduhan.

Awal bulan ini, Jabatan Kehakiman menerbitkan sejumlah besar dokumen di bawah Akta Ketelusan Fail Epstein, namun beberapa Ahli Kongres menganggap pendedahan itu belum memadai dan menuntut memo dalaman mengenai keputusan pendakwaan lampau turut dibuka kepada umum.

Hillary dan Bill Clinton dijadual hadir di hadapan jawatankuasa berkenaan, Hillary sehari sebelum Bill, dan mereka meminta sesi berlangsung secara terbuka, bukan sesi keterangan tertutup.

“Kami tiada apa yang hendak disembunyikan. Sinar matahari adalah pembasmi terbaik," tegas Hillary.

Epstein meninggal dunia dalam sel penjara New York pada 2019 sementara menunggu perbicaraan pemerdagangan seks.

Baik Trump mahupun Hillary, yang kedua‑duanya disebut berkali‑kali dalam fail—menafikan sebarang salah laku atau pengetahuan mengenai jenayah Epstein ketika itu.

 

Must Watch Video