Setiausaha negara Amerika Hillary Clinton dibenar meninggalkan hospital selepas menjalani rawatan membuang darah beku dalam kepalanya.

Jurucakapnya Philippe Reines berkata berdasarkan pemeriksaan doktor, Clinton menunjukkan pemulihan yang baik dan yakin beliau pulih sepenuhnya.

Malah Clinton juga dikatakan sudah tidak sabar untuk kembali bekerja walaupun tarikh dia akan kembali bekerja tidak dinyatakan.

Beliau di masukkan ke hospital sejak Ahad bagi membuang gumpalan darah di kepala. Darah beku itu dikesan dalam kepalanya selepas beliau pengsan dan terjatuh dirumahnya awal Disember lalu.