awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hong Kong tangguh pilihan raya ekoran penularan COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2020
04:54 MYT
Hong Kong tangguh pilihan raya ekoran penularan COVID-19
Pembangkang mendakwa kerajaan hanya menggunakan krisis kesihatan itu bagi mengelak penduduk keluar mengundi. REUTERS
PIHAK pentadbiran membuat keputusan untuk menangguhkan Pilihan Raya Dewan Perundangan bagi Wilayah Pentadbiran Khas China itu.
Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam berkata, penangguhan pilihan raya yang sepatutnya berlangsung pada September dibuat memandangkan terdapat peningkatan dalam jangkitan COVID-19 di hub kewangan itu.
Dewan Perundangan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, atau lebih dikenali sebagai LegCo, perlu melalui pilihan raya setahun sekali, bagi memilih 70 anggota yang dipilih secara langsung atau tidak langsung.
“Keputusan yang diumumkan ini adalah keputusan paling sukar perlu dibuat dalam tempoh tujuh bulan. Penangguhan pilihan raya LegCo ini yang berlangsung setiap empat tahun adalah keputusan sukar.
“Tetapi untuk mengawal pandemik, memastikan kesihatan awam, dan memastikan pilihan raya diadakan dalam situasi yang terurus, keputusan ini adalah penting,” katanya dalam satu sidang media hari ini. Hong Kong telah mencatatkan 121 kes jangkitan baharu, pada Jumaat.
Pembangkang bagaimanapun mendakwa kerajaan hanya menggunakan krisis kesihatan itu bagi mengelak penduduk keluar mengundi.
Keputusan itu juga menimbulkan kontroversi selepas kerajaan telah menyekat 12 calon pro-demokrasi daripada bertanding dalam pilihan raya berkenaan.
Pembangkang sebelum ini menzahirkan harapan untuk meraih majoriti dalam pengundian LegCo itu.
Topic Berkaitan
#calon
#Carrie Lam
#China
#COVID-19
#Hong Kong
#koronavirus
#krisis kesihatan
#LegCo
#Media
#mengundi
#pandemik
#pembangkang
#peningkatan
#pilihan raya
#tangguh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan