Siasatan tender perolehan Tentera Darat: Pegawai kanan dilapor telah keluar hospital

Tan Sri Azam Baki berkata, suspek disiasat berkaitan aliran tunai besar dalam akaun bank miliknya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pegawai kanan tentera yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak 28 Disember lalu difahamkan telah keluar hospital pada Selasa.
Ringkasan AI
- Pegawai tentera sedang disiasat SPRM keluar hospital selepas dimasukkan ke ICU sejak 28 Disember.
- Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan suspek disiasat berhubung aliran tunai besar dalam akaun banknya.
- SPRM sedang menyiasat kira-kira 40 syarikat yang terlibat dalam pemberian wang rasuah; serbuan ke pejabat Tentera Darat dan kediaman rasmi suspek dilakukan, turut dirampas barangan mewah berkaitan dengan siasatan.
"Saya dapat makluman bahawa beliau sudah kembali sihat dan perlu datang ke pejabat," katanya menerusi satu laporan media tempatan pada Rabu.
Bagaimanapun, katanya, buat masa ini, beliau tidak boleh membuat sebarang spekulasi, sama ada suspek akan ditangkap atau sebaliknya.
Media sebelum ini melaporkan Pegawai kanan Tentera Darat (TD) itu dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) menyebabkan beliau gagal memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
SPRM dilaporkan sedang menyiasat kira-kira 40 buah syarikat dipercayai terlibat dalam pemberian wang rasuah yang dijalankan secara berperingkat.
Sabtu lalu, SPRM menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) dan di kediaman rasmi suspek bermula pukul 5 petang hingga 12 tengah malam.
Antara dirampas termasuk beberapa barangan bernilai tinggi termasuk jam tangan dan beg tangan mewah yang dipercayai berkait dengan siasatan. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


