PPS di Segamat ditutup, banjir Johor pulih sepenuhnya

Pada pagi tadi, PPS tersebut masih menempatkan 25 mangsa daripada lapan keluarga. - Gambar fail/Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor kini dilaporkan pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah Segamat ditutup pada 2 petang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman, berkata PPS berkenaan adalah Balai Raya Kampung Batu Badak yang telah dibuka sejak 28 Dis lalu, dan semua mangsa kini dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Pada pagi tadi, PPS tersebut masih menempatkan 25 mangsa daripada lapan keluarga.
Sebelum ini, banjir yang melanda Johor terutamanya di daerah Segamat telah menjejaskan beberapa kawasan, termasuk Jementah, Buloh Kasap, Tenang serta Pemanis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


