awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hong Kong terbakar lagi, penunjuk perasaan dan polis bertempur

Agensi
Agensi
15/09/2019
16:57 MYT
Hong Kong terbakar lagi, penunjuk perasaan dan polis bertempur
Polis Hong Kong turut melepaskan meriam air kimia dan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan yang melemparkan bom molotov di luar pejabat kerajaan Hong Kong. - Foto REUTERS
Penunjuk perasaan kali ini sengaja memulakan api di pintu masuk stesen MTR Wan Chai, dekat tengah kota Hong Kong.
Sebahagian daripada pintu masuk stesen itu juga dirosakkan dek api kemarahan penunjuk perasaan yang tidak padam-padam sejak beberapa bulan lalu.
Kebakaran itu dimulakan kira-kira sejam selepas pihak polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air kimia kepada penunjuk perasaan yang melemparkan batu bata dan bom petrol ke arah polis.
Serangan ke atas pengangkutan awam di Hong Kong oleh penunjuk perasaan pro-demokrasi bukan perkara baharu.
Sebelum ini mereka cuba melumpuhkan sistem pengangkutan awam di wilayah berkenaan yang sebelum ini pernah diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia.
Mereka juga pernah melumpuhkan operasi di Lapangan Terbang Hong Kong, yang merupakan antara lapangan terbang utama Asia.
BACA: Penunjuk perasaan, polis bertempur di Lapangan Terbang Hong Kong
Polis Hong Kong turut melepaskan meriam air kimia dan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan yang melemparkan bom molotov di luar pejabat kerajaan Hong Kong.
Video menunjukkan polis cuba untuk menyuraikan penunjuk perasaan, dengan melepaskan gas pemedih mata dan air yang dibancuh dengan bahan kimia, selepas penunjuk perasaan melempar batu bata dan bom petrol di ke bangunan berkenaan.
Keganasan antara pihak polis dan penunjuk perasaan berulang pada Ahad selepas ribuan penunjuk perasaan berarak ke tengah bandaraya itu.
Polis sebelum ini memaklumkan bahawa perarakan berkenaan tidak sah dan meminta orang ramai untuk tidak menyertainya.
Protes ini ialah rentetan daripada rang undang-undang ekstradisi yang sudah ditarik balik.
Rang undang-undang berkenaan menyebut suspek di Hong Kong boleh dibicarakan di tanah besar China.
Walaupun rang undang-undang itu sudah dibatalkan, kemarahan penunjuk perasaan tidak juga reda, dengan kini turut melibatkan tuntutan lain seperti pilihan raya terus kerajaan Hong Kong dan isu kebolehpercayaan pihak polis.
Topic Berkaitan
#bom molotov
#China
#Hong Kong
#MTR Wan Chai
#Penunjuk perasaan
#pro demokrasi
#Protes di Hong Kong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan