KUALA LUMPUR: Hospital terbesar di Gaza, Hospital Al Shifa, kini tidak berfungsi selepas musnah berikutan operasi serangan selama 14 hari oleh tentera Israel di dalam dan sekitar fasiliti itu, menurut Doktor Tanpa Sempadan (MSF).
"Doktor Tanpa Sempadan terkejut kerana Hospital Al Shifa kini telah musnah," menurut MSF dalam catatan di laman web.
MSF, sebuah pertubuhan kemanusiaan perubatan antarabangsa menyatakan bahawa memandangkan tahap kemusnahan yang dialami hospital itu, penduduk di utara semakin terhimpit untuk mendapatkan kemudahan kesihatan.
"Akses ke Hospital Al Shifa adalah mustahil selama beberapa hari, menyebabkan pesakit tidak mendapat rawatan," kata MSF.
MSF juga melaporkan penangkapan besar-besaran kakitangan perubatan dan individu lain di dalam dan di sekitar hospital.
Keganasan serangan dan pertempuran hebat itu turut memberi kesan kepada klinik MSF yang terletak berhampiran hospital, menurut pertubuhan itu.
"Saya melihat kerosakan besar. Saya terkejut. Pejabat, klinik, semua kereta dan generator rosak," kata seorang kakitangan MSF.
Petugas MSF melawat Hospital Al Shifa pada bulan Januari dan Mac. Walaupun hospital itu hanya berfungsi sebahagiannya dan kekurangan bekalan, kakitangan perubatan masih merawat lebih 200 pesakit pada Mac.
MSF menyeru pemindahan selamat pesakit yang tinggal supaya mereka dapat menerima rawatan yang mereka perlukan.
"Gencatan senjata segera dan berkekalan mesti dilaksanakan sekarang untuk menghentikan kemusnahan kemudahan penjagaan kesihatan, membahayakan nyawa pesakit dan kakitangan perubatan," kata MSF.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Hospital terbesar di Gaza, Hospital Al Shifa, kini tidak berfungsi selepas musnah berikutan operasi serangan selama 14 hari oleh tentera Israel di dalam dan sekitar fasiliti itu. - Foto REUTERS
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Hospital Al Shifa kini tidak berfungsi - MSF
Hospital terbesar di Gaza, Hospital Al Shifa, kini tidak berfungsi selepas musnah berikutan operasi serangan selama 14 hari oleh tentera Israel di dalam dan sekitar fasiliti itu.
Gaza semakin tegang, zionis Israel serang kompleks hospital terbesar
Israel sasar serang hospital dengan alasan untuk hapuskan Hamas yang didakwa mendapat perlindungan di pusat dan kompleks kesihatan.
Tentera Israel nafi bom hospital, tidak menolak lakukan apa yang perlu
IDF ikrar akan bunuh jika nampak kelibat anggota Hamas lancar serangan dari kawasan hospital.
Sistem penjagaan kesihatan Gaza? Di ambang kehancuran!
Tatkala Palestin masih bergelut dengan wabak COVID-19, serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza menambahkan lagi kesengsaraan dan sistem penjagaan kesihatan kini di ambang kehancuran.