awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
30/04/2024
00:10 MYT
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Difahamkan, SPRM bertindak atas beberapa aduan sekitar tahun 2023, di mana kedua-dua suspek dipercayai menerima wang rasuah daripada pemilik dua buah syarikat kontraktor.
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua orang pegawai atasan di sebuah syarikat pembekalan air di negeri ini atas kesalahan menerima rasuah.
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang semalam.
Difahamkan, siasatan bertindak atas beberapa aduan sekitar tahun 2023, di mana kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah daripada pemilik dua buah syarikat kontraktor.
"Ia difahamkan sebagai balasan membantu syarikat berkenaan memperoleh kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air tersebut.
"Kedua-dua suspek juga terlibat dengan kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berhubung dengan permohonan sumbangan bagi sebuah program berjumlah RM3.3 juta sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya,"katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada jam 8.30 pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman.
Topic Berkaitan
#syarikat pembekalan air
#SPRM
#Johor
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan