awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula

Astro Awani
Astro Awani
30/04/2024
00:00 MYT
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan ke atas Rafah berlaku ketika 2.3 juta penduduk Gaza mencari perlindungan daripada pengeboman Israel selama berbulan-bulan. - Foto AP
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis Israel pada Isnin.
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Serangan Israel itu berlaku ketika pemimpin Hamas tiba di Kaherah untuk pusingan baharu rundingan gencatan senjata.
Di utara Semenanjung Gaza, pesawat pejuang Israel menyerang dua rumah, membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan beberapa yang lain.
Menjelang waktu malam, serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di kem pelarian Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza membunuh tiga rakyat Palestin, termasuk seorang wartawan tempatan.
Enam orang lagi terbunuh di kawasan tengah Gaza yang lain dalam serangan udara berasingan Israel.
Sayap Jihad Islam Bersekutu Hamas berkata, ia melancarkan roket ke Israel pada Isnin, menandakan kumpulan itu masih mampu melancarkan serangan roket selepas hampir tujuh bulan serangan udara dan darat Israel.
Serangan ke atas Rafah berlaku ketika 2.3 juta penduduk Gaza mencari perlindungan daripada pengeboman Israel selama berbulan-bulan.
Ia berlaku beberapa jam sebelum Mesir menjadi tuan rumah kepada pemimpin Hamas untuk membincangkan prospek perjanjian gencatan senjata dengan Israel.
Topic Berkaitan
#serangan udara
#Israel
#Gaza
#Rafah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan