awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Indonesia di Gaza dikosongkan sepenuhnya - Kementerian Kesihatan Gaza

Bernama
Bernama
25/11/2023
12:56 MYT
Hospital Indonesia di Gaza dikosongkan sepenuhnya - Kementerian Kesihatan Gaza
Satu lagi hospital di Semenanjung Gaza iaitu Hospital Indonesia telah dikosongkan sepenuhnya pada Sabtu, kata Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qudra. - Gambar fail/REUTERS
BANDARAYA GAZA (Palestin): Satu lagi hospital di Semenanjung Gaza iaitu Hospital Indonesia telah dikosongkan sepenuhnya pada Sabtu, kata Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qudra.
Selain itu, baki mangsa yang cedera juga sedang dipindahkan dari Kompleks Perubatan Al-Shifa iaitu hospital terbesar di Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa situasi kesihatan di Semenanjung Gaza kini sangat meruncing.
"Bantuan perubatan yang dibawa masuk ke Semenanjung Gaza tidak mencukupi dan jauh lebih sedikit berbanding sebelum ini.
"Tiada kemudahan kesihatan di utara Semenanjung Gaza yang mempunyai kira-kira 900,000 penduduk. Hanya tiga hospital yang beroperasi dengan kemampuan yang terhad," katanya.
Angka kematian di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 14,854, menurut pejabat media kerajaan pada Khamis.
Mangsa yang terkorban termasuk 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita manakala lebih 36,000 lagi cedera.
Kira-kira 7,000 orang masih gagal dikesan termasuk lebih 4,700 kanak-kanak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Indonesia di Gaza
#Kompleks Perubatan Al-Shifa
#Perang Palestin-Israel
#Ashraf al-Qudra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan