awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic tegaskan Claude kekal bebas iklan
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
Hari Wilayah 2026: Presiden Mahkamah Rayuan dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Huawei, SMIC kini diharamkan import cip dari Taiwan

Amanz
Amanz
16/06/2025
01:50 MYT
Huawei, SMIC kini diharamkan import cip dari Taiwan
Huawei sudahpun diharamkan membeli cip pemprosesan dengan teknologi Amerika Syarikat seperti yang dikeluarkan oleh Qualcomm. - Gambar hiasan
HUAWEI dan SMIC kini secara rasmi diharamkan daripada mengimport cip daripada Taiwan.
Pengharaman dilakukan secara menyeluruh juga melibatkan syarikat subsidiari kedua-dua entiti yang didapati menggunakannya untuk mengelakkan arahan import yang dikenakan Amerika Syarikat sejak 2019.
Turut termasuk dalam pengharaman kali ini ialah mengimport ciplet yang dikeluarkan oleh TSMC.
Tahun lalu ciplet keluaran TSMC ditemukan pada cip Huawei Ascend 910B yang dikeluarkan oleh Huawei.
Berikutan itu TSMC dikenakan penalti AS$1 billion oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat.
Ciplet dijual kepada syarikat Sophgo yang kemudian menghantarnya ke Huawei bagi memintas halangan teknologi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Huawei sudahpun diharamkan membeli cip pemprosesan dengan teknologi Amerika Syarikat seperti yang dikeluarkan oleh Qualcomm.
Pada waktu yang sama mereka terpaksa menghentikan pengeluaran cip Kirin selama beberapa tahun kerana tidak lagi dibenarkan menggunakan faundri TSMC.
Tetapi pada tahun 2023, Kirin 9000s dilancarkan secara mengejut dengan bantuan SMIC menggunakan kelengkapan lama yang diubahsuai.
Sumber: Reuters
Topic Berkaitan
#import cip
#Taiwan
#Huawei
#SMIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan