Presiden Singapura Tony Tan Keng Yam berkata hubungan Singapura dan Malaysia semakin berkembang hasil daripada persahabatan yang terjalin erat antara rakyat kedua-dua negara serta komitmen mereka untuk bekerjasama demi manfaat bersama.
"Singapura dan Malaysia mempunyai hubungan yang amat rapat serta kerjasama mendalam yang meliputi semua sektor," kata Tan dalam surat ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2017 pada Rabu.
Salinan surat itu dihantar kepada Bernama di sini.
Tan berkata hubungan rapat antara kedua-dua negara akan dipertingkatkan lagi menerusi pelaksanaan projek dua hala seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura dan Sistem Transit Aliran Deras Johor Bahru-Singapura.
Presiden itu berkata beliau benar-benar ingin melihat kedua-dua negara terus mengukuhkan kerjasama yang amat bernilai ini demi manfaat pada masa akan datang.
Tan berkata dalam tempoh enam dekad lepas, Malaysia mencapai kemajuan dan pembangunan pesat dalam pelbagai bidang.
"Saya yakin, di bawah pemerintahan dan visi bijaksana Tuanku, Malaysia akan terus menikmati keamanan, kemakmuran dan keharmonian.
"Bagi pihak rakyat Singapura, saya dengan dengan penuh takzim menyampaikan ucapan tahniah kami kepada Tuanku bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang amat besar ertinya.
"Saya dan isteri mengharapkan agar Tuanku terus sihat walafiat dan sejahtera," kata Tan, yang akan melalui hari terakhirnya sebagai presiden esok (Khamis), setelah menyandang jawatan itu selama enam tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2017

Tan berkata dalam tempoh enam dekad lepas, Malaysia mencapai kemajuan dan pembangunan pesat dalam pelbagai bidang. - Gambar fail

PJD Link dapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri, kelulusan dasar kerajaan Selangor - KKR
Cadangan projek berkenaan juga mendapat kelulusan dasar kerajaan Selangor pada 3 Sept 2020.

Banjir | Mayat wanita hamil dan ibu mertua ditemukan berpelukan
Mayat wanita hamil yang disahkan hilang susulan kejadian banjir dan kepala air di Kg Iboi, Kupang semalam, ditemui dalam keadaan berpelukan dengan ibu mertuanya yang menghidap penyakit strok. Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon memaklumkan mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, 53 tahun, ditemui kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat ‘Keluarga Dunia’
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan, serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pasca pandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Jenayah | Suspek bunuh isteri, bayi direman 7 hari
Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas membunuh dengan mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu Johor bahru semalam, direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan penolong pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemukakan Polis Diraja Malaysia, PDRM.

Bersedia hadapi kesesakan lebuh raya di LPT2 untuk Aidiladha
Lebih 55,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan LPT2 pada setiap hari puncak dalam tempoh berkenaan berbanding 18,000 kenderaan pada hari-hari biasa.

Lubnan rancang hantar pulang 15,000 pelarian sebulan ke Syria
Keengganan pelarian Syria pulang ke negara mereka selepas perang berakhir tidak boleh diterima.

Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemukan berpelukan
Mayat Nurul Anis Abu Hassan dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

AWANI Ringkas: Mayat mangsa banjir di Kedah ditemukan

Nasib Etnik Uyghur | 20 NGO serah memorandum di Kedutaan Besar China
Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum membantah penindasan terhadap etnik Uyghur di Kedutaan Besar China di Kuala Lumpur. Penyerahan memorandum tersebut antaranya menuntut hak kebebasan beragama terhadap kaum minioriti Islam itu, selain sempena 13 tahun insiden pembunuhan beramai-ramai etnik Uyghur. Perkembangan bersama Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad.

Aidiladha: 12 Julai cuti kelepasan am bagi Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan memberi cuti kelepasan am pada Selasa ini (12 Julai) sebagai cuti gantian sempena sambutan Aidiladha.

Sambutan Hari Kebangsaan perlu pembaharuan libat komuniti, keluarga - Annuar
Sambutan perlu menonjolkan cara setiap keluarga atau komuniti dari pelbagai latar belakang dalam menyambut hari bersejarah negara.

ATLAS Vending lancar Sapot SME libatkan 13 PKS di seluruh negeri
Ia merupakan inisiatif membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan akibat pandemik COVID-19 untuk mengembangkan perniagaan di samping menyokong produk tempatan.

Zahirkan penghayatan kemerdekaan, Hari Malaysia dengan lebih simbolik - Penganalisis
Suasana serta penghayatan sambutan Hari Kemerdekaan Negara dan Hari Malaysia dicadangkan untuk dizahirkan dengan lebih simbolik.

Kenapa perlu membezakan 'semangat' 31 Ogos dan 16 September?
31 Ogos adalah tarikh keramat negara meraikan kemerdekaan tidak perlu dibeza-bezakan di antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang merupakan sebahagian daripada Malaysia pada hari ini.

CUCKOO hasil karya patriotik sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia
Karya dalam bentuk video itu merupakan simbolik patriotisme CUCKOO dan sebagai usaha menyebarkan mesej positif kepada masyarakat.

Generasi pertama, kongsi peristiwa bersejarah Jambatan Merdeka
Ucapan penuh bersemangat Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman ketika itu memberi makna cukup besar khususnya penduduk kampung yang pernah merasai kekejaman penjajah.

MARA Liner tawar diskaun 10 peratus pembelian tiket dalam talian
MARA Liner Sdn Bhd menawarkan diskaun 10 peratus bagi pembelian tiket dalam talian untuk perjalanan sehala sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021.

Garis Masa: Bulan Kebangsaan dilakari pelbagai peristiwa
APABILA memasuki sahaja Ogos, semua sedia maklum ia merupakan bulan kemerdekaan buat tanah air tercinta, Malaysia.

Sengketa politik harus dihentikan, fokus pulihkan negara
Rakyat mahu semua kepemimpinan politik bersatu, menumpukan usaha untuk menyelamatkan ekonomi dan kehidupan rakyat.

Sukarelawan, kakitangan PPV WTC tampil kreatif berpakaian tradisional, seragam agensi
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, ia tidak seharusnya memudarkan semangat kemerdekaan sebaliknya rakyat Malaysia perlu terus menghayati erti kemerdekaan dalam lensa kebiasaan baharu.