awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Pulau Selatan New Zealand bersiap hadapi hujan lebat lagi, penduduk diarah pindah
DUNIA
Pesawat terjun udara terbabas di New Jersey, lima penumpang dikejarkan ke hospital
DUNIA
61 hilang selepas feri karam berhampiran Bali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Empat lelaki ditahan cuba curi kabel TM

Bernama
Bernama
02/07/2025
14:35 MYT
Empat lelaki ditahan cuba curi kabel TM
Sazalee berkata masing-masing yang berusia antara 28 hingga 44 tahun dan merupakan pekebun, tukang perabot serta buruh didapati datang dari Sungai Petani, Kedah untuk menjalankan kegiatan curi kabel di sekitar Pulau Pinang. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Polis menahan empat lelaki yang cuba mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Jalan Persiaran Mahsuri di Sunway Tunas, Bayan Baru dekat sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata kegiatan mereka dikesan sepasukan anggota polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah pada 3.30 pagi selepas ternampak lubang laluan kabel dalam keadaan terbuka di kawasan itu.
"Hasil pemeriksaan di dalam kawasan lubang itu, didapati empat lelaki sedang memotong kabel menggunakan alat pemotong.
"Seterusnya anggota polis memperkenalkan diri dan selepas disoal siasat, kesemua lelaki itu mengaku sedang mencuri kabel di situ," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata polis menemukan 15 keratan kabel bertulis TM Berhad, alat pemotong dan menarik kabel serta peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan.
Sazalee berkata masing-masing yang berusia antara 28 hingga 44 tahun dan merupakan pekebun, tukang perabot serta buruh didapati datang dari Sungai Petani, Kedah untuk menjalankan kegiatan curi kabel di sekitar Pulau Pinang.
Beliau berkata mereka dipercayai mampu mengaut keuntungan lumayan hasil kegiatan jenayah itu dan kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Curi Kabel
#Telekom Malaysia
#kegiatan jenayah
#alat pemotong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami