KUALA LUMPUR: Cabaran utama bagi Perdana Menteri Singapura yang baharu, Lawrence Wong, yang bakal mengangkat sumpah hari ini sudah pastinya adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dengan negara jiran Malaysia, yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara malahan kepada 10 anggota blok ASEAN yang lain.
Mengukuhkan hubungan ini adalah elemen penting untuk memaksimumkan potensi bersama dan mencipta kekayaan kepada rakyat di tengah-tengah persekitaran global yang umumnya memihak kepada ekonomi yang kompetitif.
Dengan bekerjasama bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Singapura -- sebuah negara maju, khususnya dalam teknologi -- boleh menarik firma teknologi global berpindah ke rantau ini susulan perang perdagangan dan cip antara Amerika Syarikat (AS)-China.
Persaingan sengit antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu telah memaksa banyak firma semikonduktor global memilih destinasi yang lebih selamat dan Malaysia serta ekonomi serantau lain seperti Singapura memiliki kelebihan utama untuk menarik pelaburan ini.
Sekiranya Putrajaya dan kerajaan baharu Singapura membangunkan dasar ekonomi dua hala baharu, kedua-duanya boleh dengan mudah menawarkan negara masing-masing sebagai destinasi pelaburan bersama untuk menarik syarikat semikonduktor global ke ASEAN dengan pelaburan strategik di Malaysia-Singapura termasuk gergasi teknologi dari AS dan China.
Langkah ini boleh memberi keuntungan besar bukan sahaja kepada Malaysia dan Singapura, tetapi juga negara-negara Asia Tenggara yang lain yang sudah tentunya perlu ditimbangkan dengan serius oleh Wong dan Anwar Ibrahim bersama pasukan mereka masing-masing.
Dengan berbuat demikian, nukleus Malaysia-Singapura boleh menjadi magnet untuk menarik pelaburan langsung asing ke rantau ASEAN, berdasarkan gabungan hampir 700 juta populasi dan juga merupakan rantau ketiga paling ramai penduduk di dunia.
Malaysia yang disenaraikan di kedudukan keenam di dunia bagi eksport semikonduktor, dengan jualan RM575 bilion pada 2023, dilaporkan menguasai tujuh peratus bahagian pasaran global.
Ini pastinya menjadikan negara sebagai destinasi menarik bagi pelabur yang mahu mengejar keuntungan. Dan jika Malaysia dipromosikan bersama-sama dengan Singapura sebagai destinasi bersama, tidak dinafikan ia bakal melonjakkan lagi daya tarikannya untuk pelaburan global.
Wong, 52, yang sebelum ini merupakan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah mentadbir Singapura selama hampir 20 tahun sejak 12 Ogos 2004.
Istiadat mengangkat sumpah Wong akan berlangsung pada 8 malam ini di Istana, kediaman rasmi dan pejabat presiden Singapura.
Jumaat lepas, Anwar berkata Malaysia bersedia untuk terus mengukuhkan lagi hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Wong.
Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia Profesor Dr Yeah Kim Leng berkata kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Singapura juga boleh menjadi sebagai perisai bagi kedua-dua negara untuk menangani pelbagai cabaran risiko global.
Antaranya termasuklah kelembapan permintaan luar, inflasi dan kadar faedah yang terus meningkat, serta ketegangan geopolitik yang semakin memuncak ekoran konflik di Timur Tengah, perang Ukraine-Rusia yang berterusan dan pertelingkahan AS-China.
Dr Yeah berkata Malaysia dan Singapura telah saling melengkapi sejak sekian lama, dengan ekonomi kedua-duanya hampir bergantung antara satu sama lain.
Singapura mempunyai kos buruh tinggi, kekurangan tenaga mahir dan tenaga kerja. Namun begitu, kewangan kukuh dengan rizab besar yang dimiliki negara tersebut boleh menawarkannya sebagai batu loncatan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi, katanya.
Banyak eksport Malaysia dilakukan melalui Singapura, sebilangan besar rakyat Malaysia bekerja di Singapura manakala terdapat banyak syarikat dari kedua-dua negara yang menjalankan perniagaan di pasaran masing-masing.
Menurutnya, dalam senario sedemikian, hubungan dua hala yang berterusan amat penting bagi kedua-dua negara dan berpotensi untuk ditingkatkan lagi memandangkan dinamik baharu di persada ekonomi serantau dan global.
Statistik terkini menunjukkan bahawa lebih 1.18 juta rakyat Malaysia bekerja di Singapura, manakala secara keseluruhan 1.8 juta rakyat Malaysia bekerja di rantau ini.
Sementara itu, penganalisis ekonomi Putra Business School Profesor Madya Dr Ahmad Razman Abdul Latif berkata daripada bersaing antara satu sama lain, saling bekerjasama "merupakan jalan terbaik untuk kedua-dua Singapura dan Malaysia terus melangkah kehadapan."
Langkah ini amat kritikal memandangkan keadaan ekonomi yang mencabar dan tidak menentu ketika ini yang membolehkan kedua-dua ekonomi saling bekerjasama bukan hanya secara dua hala tetapi juga di peringkat serantau.
Selama lebih sedekad, Malaysia dan Singapura telah menjadi rakan dagang global kedua terbesar antara satu sama lain dan yang terbesar dalam kalangan negara ASEAN.
Pada 2023, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara bernilai RM363.13 bilion (US$79.6 bilion).
Singapura dan Malaysia akan meraikan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara kedua-dua negara pada tahun depan.
Selain Malaysia dan Singapura, negara anggota ASEAN yang lain termasuk Indonesia, Vietnam, Laos, Brunei, Thailand, Myanmar, Filipina dan Kemboja.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
Wong (gambar) akan menggantikan Lee Hsien Loong yang telah mentadbir Singapura selama hampir 20 tahun sejak 12 Ogos 2004. - Foto X Lawrence Wong
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
Kerajaan buat keputusan kekal perjanjian air sedia ada dengan Singapura
Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025.
Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.
Lee Hsien Loong sokong Lawrence Wong ketuai parti pemerintah singapura
Lee mengumumkan bahawa beliau akan terus berada dalam jawatankuasa eksekutif pusat dalam peranan sokongan dan penasihat.