awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lee Hsien Loong sokong Lawrence Wong ketuai parti pemerintah singapura

Bernama
Bernama
24/11/2024
14:46 MYT
Lee Hsien Loong sokong Lawrence Wong ketuai parti pemerintah singapura
Lee mengumumkan bahawa beliau akan terus berada dalam jawatankuasa eksekutif pusat dalam peranan sokongan dan penasihat. - Gambar fail/REUTERS
SINGAPURA: Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura yang memerintah, Lee Hsien Loong berkata beliau akan mencadangkan kepada jawatankuasa eksekutif pusat baharu untuk memilih Lawrence Wong, yang juga perdana menteri negara itu, sebagai setiausaha agung seterusnya.
Lee, yang juga menteri kanan Singapura, membuat kenyataan itu pada Persidangan PAP pada Ahad.
Lee mengumumkan bahawa beliau akan terus berada dalam jawatankuasa eksekutif pusat dalam peranan sokongan dan penasihat.
Lawrence Wong, yang dipilih sebagai timbalan setiausaha agung pada 2022, berkata PAP akan terus memperbaharui parti untuk memenuhi keperluan masyarakat yang berubah dengan lebih baik dan menegakkan nilai teras seperti kejujuran, integriti dan bebas daripada rasuah.
Menyedari bahawa beliau akan mengetuai PAP untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, Wong menggesa ahli parti untuk bekerja keras demi setiap undi dan memperoleh mandat untuk memerintah.
PAP diasaskan pada 1954 dan menjadi parti pemerintah Singapura sejak kemerdekaannya pada 1965.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Hsien Loong
#Lawrence Wong
#PAP
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan