Skip to main content

Dunia

Hujan lebat cetus amaran banjir, sekatan perjalanan di seluruh Sepanyol

Bahaya cuaca dijangka mencapai tahap tertinggi pada awal Ahad. Taburan hujan boleh melebihi 90 liter bagi setiap meter persegi dalam tempoh tiga jam dan 200 liter dalam tempoh 24 jam di beberapa kawasan. -Gambar fail/Reuters
Bahaya cuaca dijangka mencapai tahap tertinggi pada awal Ahad. Taburan hujan boleh melebihi 90 liter bagi setiap meter persegi dalam tempoh tiga jam dan 200 liter dalam tempoh 24 jam di beberapa kawasan. -Gambar fail/Reuters

Advertisement

Ringkasan AI

  • Pihak berkuasa Catalonia menghadkan perjalanan dan menggantung kebanyakan perkhidmatan kereta api akibat ancaman banjir susulan hujan ekstrem.
  • Catalonia mengaktifkan pelan kecemasan banjir dengan sekatan di 20 kawasan sehingga Ahad, manakala amaran kecemasan dihantar ke telefon bimbit.
  • Banjir kilat di Madrigueras, Albacete mengorbankan seorang wanita 102 tahun dan memaksa kira-kira 90 penduduk berpindah.

MADRID: Pihak berkuasa di timur laut Sepanyol mengehadkan perjalanan yang tidak penting dan menggantung kebanyakan perkhidmatan kereta api ulang-alik pada Sabtu susulan ancaman banjir akibat hujan ekstrem, manakala banjir kilat di bahagian tengah-timur negara itu mengorbankan seorang individu dan memaksa kira-kira 90 penduduk berpindah, lapor Xinhua.

Catalonia mengaktifkan pelan kecemasan banjirnya, dengan sekatan meliputi 20 kawasan pentadbiran sehingga 2 petang (1200 GMT) Ahad.

Bahaya cuaca dijangka mencapai tahap tertinggi pada awal Ahad. Taburan hujan boleh melebihi 90 liter bagi setiap meter persegi dalam tempoh tiga jam dan 200 liter dalam tempoh 24 jam di beberapa kawasan.

Amaran kecemasan dihantar ke telefon bimbit di seluruh kawasan terjejas, manakala kebanyakan perkhidmatan rangkaian kereta api ulang-alik dan serantau Rodalies di Catalonia digantung.

Presiden wilayah Catalonia Salvador Illa menggesa orang ramai supaya "berwaspada pada tahap maksimum" ketika pihak berkuasa memberi amaran mengenai ribut petir yang teruk, angin kencang serta kemungkinan sengkayan atau tornado.

Ribut itu dijangka bergerak ke arah utara pada Ahad.

Di bandar Madrigueras di wilayah Albacete, bahagian tengah-timur Sepanyol, perkhidmatan kecemasan meneruskan usaha pemulihan pada Sabtu selepas banjir kilat mengorbankan seorang wanita berusia 102 tahun serta merosakkan kediaman, kenderaan dan kemudahan awam.

Taburan hujan melebihi 140 liter bagi setiap meter persegi dalam tempoh kira-kira dua jam, menyebabkan banjir dan memaksa kira-kira 90 penduduk berpindah. Pusat kesihatan adalah antara kemudahan yang terjejas, dengan perkhidmatannya dipindahkan sementara ke premis Palang Merah.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah langkah yang diambil pihak berkuasa di timur laut Sepanyol susulan ancaman banjir? 
    A: Pihak berkuasa mengehadkan perjalanan yang tidak penting dan menggantung kebanyakan perkhidmatan kereta api ulang-alik pada Sabtu.
  • Q: Berapakah jumlah hujan yang dijangka turun di Catalonia dalam tempoh tertentu? 
    A: Taburan hujan boleh melebihi 90 liter bagi setiap meter persegi dalam tempoh tiga jam dan 200 liter dalam tempoh 24 jam di beberapa kawasan.
  • Q: Apakah kesan banjir kilat di bandar Madrigueras, wilayah Albacete? 
    A: Banjir kilat mengorbankan seorang wanita berusia 102 tahun, merosakkan kediaman, kenderaan dan kemudahan awam, serta memaksa kira-kira 90 penduduk berpindah.
  • Q: Apakah perkhidmatan yang terjejas akibat banjir di Catalonia? 
    A: Kebanyakan perkhidmatan rangkaian kereta api ulang-alik dan serantau Rodalies di Catalonia digantung, dan pusat kesihatan di Madrigueras dipindahkan sementara ke premis Palang Merah.
  • Q: Apakah amaran yang diberikan oleh Presiden wilayah Catalonia kepada orang ramai? 
    A: Presiden wilayah Catalonia Salvador Illa menggesa orang ramai supaya berwaspada pada tahap maksimum kerana risiko ribut petir teruk, angin kencang serta kemungkinan sengkayan atau tornado.

Must Watch Video

Advertisement