Skip to main content

Dunia

Hujan lebat jejaskan operasi SAR dua mangsa gua di Laos

FB Mikko Paasi
Selain paras air yang meningkat, operasi turut berdepan cabaran lain termasuk risiko runtuhan batu serta struktur gua yang sempit dan dipenuhi lumpur tebal, sekali gus mengehadkan jarak penglihatan di dalam air. -Gambar fail/Facebook

VIENTIANE: Hujan lebat berterusan menjejaskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan dua penduduk tempatan yang masih terperangkap di dalam gua dilanda banjir di wilayah Xaisomboun, Laos.

Keadaan cuaca buruk itu menyebabkan paras air dalam gua meningkat semula, sekali gus menyukarkan pergerakan pasukan penyelam, lapor Independent.

Jurucakap agensi keselamatan tempatan berkata keadaan tersebut menjejaskan usaha pencarian yang memasuki fasa kritikal.

Menurut beliau, sebelum ini pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan lima mangsa daripada kumpulan penduduk kampung yang terperangkap lebih seminggu selepas banjir kilat menutup laluan keluar gua di daerah Long Chaeng.

Selain paras air yang meningkat, operasi turut berdepan cabaran lain termasuk risiko runtuhan batu serta struktur gua yang sempit dan dipenuhi lumpur tebal, sekali gus mengehadkan jarak penglihatan di dalam air.

Pihak berkuasa memaklumkan operasi SAR akan diteruskan secara berhati-hati sebaik sahaja keadaan cuaca mengizinkan.

Dalam perkembangan sama, lima mangsa yang berjaya diselamatkan sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital.

 

Must Watch Video

Advertisement