Skip to main content

Dunia

Hujan lebat sebabkan "kerosakan teruk", kata PM Sepanyol

"Hujan lebat dan berterusan sejak beberapa jam lepas telah menyebabkan kerosakan teruk di banyak kawasan di wilayah kami. Malam ini amat sukar di Madrigueras (Albacete)," kata Sanchez. - Gambar Reuters
"Hujan lebat dan berterusan sejak beberapa jam lepas telah menyebabkan kerosakan teruk di banyak kawasan di wilayah kami. Malam ini amat sukar di Madrigueras (Albacete)," kata Sanchez. - Gambar Reuters

Advertisement

LONDON: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez berkata pada Sabtu,  hujan lebat telah menyebabkan "kerosakan teruk" di beberapa bahagian negara itu, dengan menyifatkan malam tadi "sangat sukar" di Madrigueras, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Hujan lebat dan berterusan sejak beberapa jam lepas telah menyebabkan kerosakan teruk di banyak kawasan di wilayah kami. Malam ini amat sukar di Madrigueras (Albacete)," tulis Sanchez di X.

Sambil menyatakan bahawa kerajaan sedang memantau rapi situasi berkenaan, Perdana Menteri menggesa orang ramai agar berhati-hati dan meminta warga tempatan mematuhi arahan yang dikeluarkan menerusi saluran kecemasan rasmi.

"Salam takziah saya buat keluarga wanita yang meninggal dunia akibat banjir itu serta seluruh sokongan dan solidariti kami kepada penduduk terjejas," katanya.

Kenyataan beliau dibuat susulan amaran cuaca bahawa hujan lebat dan risiko banjir yang berpotensi membawa kerosakan diramalkan berlaku di timur Sepanyol dalam tempoh beberapa hari akan datang, ekoran pergerakan udara sejuk di  atas udara panas.

Menurut laporan media pada Jumaat, seorang maut manakala 90 yang lain diselamatkan dalam kejadian banjir kilat di negara itu apabila kenderaan dihanyutkan arus dan kediaman dinaiki air di wilayah selatan-tengah dan timur.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement