awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
Cuaca panas: Paras air empangan di Johor masih terkawal - Exco
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan monsun ragut lebih 300 nyawa di seluruh Pakistan

Bernama
Bernama
05/08/2025
04:10 MYT
Hujan monsun ragut lebih 300 nyawa di seluruh Pakistan
Penunggang motosikal meredah jalan yang dinaiki air akibat hujan lebat musim monsun di Lahore, Pakistan. - Foto AP
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 302 orang maut manakala 727 lagi cedera dalam insiden berkaitan hujan di seluruh Pakistan sejak 26 Jun lalu, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) pada Isnin, lapor Xinhua.
Berdasarkan laporan terkini NDMA, dua orang maut dan 12 cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu ketika hujan monsun lebat terus melanda pelbagai bahagian negara itu.
Wilayah timur Punjab merupakan kawasan paling terjejas dengan 163 kematian dan 579 kecederaan dilaporkan.
Di wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa pula, sebanyak 71 kematian dan 86 kecederaan direkodkan.
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran hujan lebat di bahagian utara dan tengah dari 5 hingga 10 Ogos, serta menasihati kerajaan-kerajaan wilayah agar melaksanakan operasi bantuan di samping memantau kawasan berisiko tinggi sepanjang tempoh terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#monsun
#hujan
#angka korban
#operasi bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan