BEIRUT: Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Serangan balas itu dilakukan selepas Israel membedil selatan Beirut yang turut meragut 16 nyawa termasuk lapan anggota mereka.
Hujan roket menyasarkan Kiryat Shmona itu sebagai respons terhadap pembunuhan beramai-ramai yang didalangi musuh mereka di perkampungan Habariyeh.
Menurut jurucakapnya, serangan tersebut turut memusnahkan pusat bantuan dan kecemasan untuk Jamaa Islamiya, sebuah kumpulan sunni yang mempunyai kaitan dengan pejuang Hamas.
Persatuan Ambulans Lubnan dalam satu kenyataan menyifatkan konfrontasi terbaharu itu sebagai pelanggaran jelas terhadap usaha kemanusiaan.
Kementerian Kesihatan di Beirut turut mengutuk serangan udara dilancarkan rejim Zionis di tengah-tengah perang yang semakin ganas di Genting Gaza.
“Ia sememangnya tidak boleh diterima dan melanggar norma serta undang-undang antarabangsa terutamanya Konvensyen Geneva yang menekankan keneutralan terhadap kakitangan perubatan dan pusat kesihatan,” ujar kementerian itu.
Difahamkan, ia bukanlah kali pertama kemudahan kesihatan dibedil ketika konfrontasi berterusan di sempadan.
Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati 316 kematian termasuk 54 orang awam direkodkan di Lubnan sejak konflik rentas sempadan itu bermula pada Oktober lalu.
Pada bulan lalu, pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah memberi amaran Israel bakal berdepan akibat dahsyat jika membunuh orang awam di Beirut yang menandakan krisis itu berisiko menjadi lebih buruk. - Agensi
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 28 2024
Pihak berkuasa Israel memeriksa bangunan yang menjadi sasaran roket Hizbullah di Kiryat Shmona yang bersempadan Lubnan. - Foto AP
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Hizbullah tidak akan 'berdiam diri' selepas pemimpin Hamas dibunuh Israel
Sayyed Hassan Nasrallah salahkan Israel atas serangan itu sehingga menyebabkan pemimpin kanan Hamas, Saleh al-Arouri maut.
Sempadan Lubnan-Israel kini dalam ‘bahaya’ - PBB
"Keadaan sekarang seperti yang semua orang tahu - ia sangat tegang. Ia sukar... berbahaya," kata Ketua Pengaman PBB.
PM Israel beri amaran jangan masuk campur urusan Zionis di Gaza
Menurut Netanyahu, kepentingan negara Arab akan terus dipelihara jika mereka mengambil pendekatan berdiam diri.
Israel dakwa tiada kepentingan terhadap Syria, Lebanon
Gantz berkata, bagaimanapun pihaknya tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap Syria dan Lebanon selain faktor keselamatan.
Iran nafi akan berundur dari Syria
Kedua-dua negara mempunyai hubungan rapat yang tidak mungkin boleh dipengaruhi oleh propaganda daripada mana-mana pihak.
Pyongyang nafi bekal senjata kepada Hamas, Hizbullah
Korea Utara menyifatkan dakwaan bahawa ia membekalkan misil kepada Hamas dan bantuan kepada Hezbollah sebagai "dongeng".
22 pejuang Hizbullah maut
Pejuang Hizbullah maut ketika membantu tentera Syria menawan semula bandar Qusayr.
Tentera Syria dakwa Israel lancar serangan udara ke wilayahnya
Pasukan keselamatan republik Islam itu berkata, serangan mensasarkan pusat kajian tentera di barat laut Damsyik yang menyebabkan dua maut dan lima cedera.