awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UTM Aerolab kukuh sebagai pusat bertaraf dunia
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran nafi akan berundur dari Syria

Bernama
Bernama
04/06/2018
04:23 MYT
Iran nafi akan berundur dari Syria
Anggota tentera berjalan di tengah runtuhan bangunan di Kem Yarmuk yang menempatkan pelarian Palestin, di Damsyik, Syria, 22 Mei, 2018. REUTERS
Iran pada Ahad menafikan kemungkinan akan memanggil pulang penasihat tenteranya dari Syria, lapor agensi berita Xinhua.
"Kedua-dua negara mempunyai hubungan rapat yang tidak mungkin boleh dipengaruhi oleh propaganda daripada mana-mana pihak," kata Brigadier Jeneral Massoud Jazayeri kepada agensi berita swasta Iran, Tasnim.
Berbeza dengan tentera Amerika Syarikat (AS), Iran berada di Syria atas permintaan Damsyik, kata Jazayeri sambil menegaskan "ketakutan terbesar Israel adalah kehadiran para pejuang Islam".
Justeru, AS dan Israel membuat "pelbagai usaha untuk mengubah keadaan itu kerana terdesak," katanya.
Pada hari sama, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengatakan Israel mungkin melancarkan lebih banyak serangan terhadap Iran untuk menghalang kehadiran negara itu di Syria.
Israel dilaporkan telah melakukan pelbagai serangan di Syria, mensasarkan Iran dan Hizbullah.
Menurut Setiausaha Majlis Tertinggi Kebangsaan Iran, Ali Shamkhani, dakwaan terdapatnya rundingan antara Iran dan Israel mengenai Syria adalah "tidak berasas", lapor Press TV.
"Khabar angin yang tersebar adalah tidak berasas sama sekali, jika ia sebagai langkah untuk mewajarkan tindakan rejim Zionis serta melemahkan usaha menentang Israel ternyata sia-sia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ali Shamkhani
#Amerika Syarikat
#Benjamin Netanyahu
#Damsyik
#Hizbullah
#Iran
#Israel
#Massoud Jazayeri
#penasihat tentera
#serangan
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan