awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu, anak maut ditembak selepas muat naik gambar pegang senapang palsu

Agensi
Agensi
31/12/2019
06:38 MYT
Ibu, anak maut ditembak selepas muat naik gambar pegang senapang palsu
Seorang ibu dan anak perempuannya diseksa sebelum dibunuh selepas memuat naik gambar mereka bersama sepucuk senapang mainan.
Seorang ibu dan anak perempuannya diseksa sebelum dibunuh selepas memuat naik gambar mereka di media sosial bersama sepucuk senapang mainan dalam kejadian di Tamaulipas, Mexico.
Menurut laporan media tempatan, gambar berkenaan menjadi punca dua beranak itu dikaitkan dengan kumpulan jenayah sebelum mereka dilaporkan hilang.
Gambar berkenaan mempamerkan si ibu mengenakan seluar tentera sambil memegang sepucuk senapang palsu manakala anak perempuannya pula menyarungkan pakaian ala wild cat.
Kehilangan mereka dilaporkan oleh ahli keluarga sebelum polis menemui mayat kedua-dua mangsa di sebatang jalan raya.
Polis turut menemui kelongsong peluru di lokasi mangsa ditemui.
“Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan mata mereka diikat dengan kain dengan muka disembamkan ke atas jalan.
“Tangan dan kaki mereka diikat dan turut ditemui kesan tembakan dan tikaman pada bahagian leher mangsa,” kata jurucakap polis kepada NZ Herald.
Dalam pada itu, dalam satu laporan lain, Tamaulipas kini sedang dikaitkan dengan gelombang jenayah.
Polis bagaimanapun masih belum menemui punca kematian dua beranak itu, namun mengesyaki berlaku kekeliruan akibat gambar senapang palsu dan menyangka mereka adalah sebahagian daripada ahli kumpulan penjenayah.
Tiada lagi suspek yang ditahan dan polis masih giat menjalankan siasatan.
Topic Berkaitan
#anak
#hilang
#jenayah
#mangsa
#mayat
#Media
#Mexico
#polis
#suspek
#tembakan
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan