Skip to main content

Politik

PRN Sarawak: Idris Buang tidak pertahan kerusi Muara Tuang

Bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang juga penyandang kerusi DUN Muara Tuang Datuk Idris Buang memaklumkan beliau tidak akan menawarkan diri bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13. - Gambar fail
Bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang juga penyandang kerusi DUN Muara Tuang Datuk Idris Buang memaklumkan beliau tidak akan menawarkan diri bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13. - Gambar fail

Ringkasan AI

  • Datuk Idris Buang mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 bagi kerusi DUN Muara Tuang.
  • Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Premier Sarawak untuk memilih calon terbaik dan berikrar memberi sokongan penuh kepada calon tersebut.
  • Idris memenangi kerusi Muara Tuang pada PRN 2016 dan mempertahankannya pada PRN 2021; hari pengundian PRN Sarawak ditetapkan 12 Disember.
Advertisement

KUCHING: Bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang juga penyandang kerusi DUN Muara Tuang Datuk Idris Buang memaklumkan beliau tidak akan menawarkan diri bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Idris menerusi kenyataan hari ini menyifatkan pengundurannya itu dibuat pada waktu yang amat bermakna ketika Sarawak sedang mencapai kemajuan dan kecemerlangan di bawah kepimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Masih banyak yang perlu dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat. Justeru, saya menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Abang Johari untuk menentukan calon terbaik bagi meneruskan amanah dan perjuangan ini.

Advertisement

“Saya menerima dengan hati terbuka apa jua keputusan kepimpinan dan berikrar memberikan sokongan penuh, termasuk turun padang membantu kempen calon yang dipilih,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas kepercayaan serta sokongan yang diberikan oleh penduduk  Muara Tuang.  

Advertisement

Idris yang juga ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kali pertama menang kerusi Muara Tuang pada PRN 2016 sebelum berjaya mempertahankan kerusi ini pada PRN 2021. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Sarawak pada 12 Dis, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada Sabtu ini dan pengundian awal pada 8 Dis.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement