awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu dimasukkan ke wad psikiatri 'palsukan' kelahiran 10 bayi kembar

Agensi
Agensi
22/06/2021
04:30 MYT
Ibu dimasukkan ke wad psikiatri 'palsukan' kelahiran 10 bayi kembar
Sithole pada awal Jun menimbulkan kontroversi selepas dia mendakwa berjaya melahirkan kembar 10 melalui pembedahan Ceasarean di sebuah hospital di Pretoria pada 7 Jun dan sekali gus mencipta rekod dunia. - Foto tangkapan layar news.com.au
PRETORIA: Seorang wanita yang didakwa ‘memalsukan’ kelahiran 10 bayi kembarnya telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan psikiatri.
Polis menahan Gosiame Thamara Sithole, 37 tahun di rumah saudaranya yang terletak berdekatan Johannesburg, Afrika Selatan pada awal Khamis lalu.
Sithole dipercayai telah dibawa ke Chloorkop selepas pasangannya, Teboho Tsotetsi membuat laporan polis tentang kehilangannya, menurut laporan yang dipetik news.com.au.
Sithole pada awal Jun mendapat perhatian media tempatan dan antarabangsa selepas dia mendakwa berjaya melahirkan kembar 10 melalui pembedahan Ceasarean di sebuah hospital di Pretoria pada 7 Jun dan sekali gus mencipta rekod dunia.
Namun, ramai yang mula tertanya-tanya tentang kesahihan berita berkenaan, apatah lagi tiada gambar si ibu dan ‘anak-anaknya’ dalam tangkapan kamera.
Jabatan Kesihatan Nasional Afrika Selatan dipetik berkata, siasatan mendapati 10 bayi berkenaan tidak pernah wujud.
Satu portal tempatan, bagaimanapun, mengesahkan kelahiran 10 bayi kembar itu dan berita berkenaannya terpaksa disorok akibat dakwaan kelalaian perubatan.
Polis bagaimanapun memberitahu Sithole tidak pernah terlibat dalam apa-apa jenayah sebelum ini, namun pernah diletakkan di bawah jagaan Jabatan Pembangunan Sosial Gauteng.
Sithole juga dilaporkan pernah mendakwa saudara pasangannya memungut derma dari masyarakat selepas dia ‘melahirkan’ 10 bayi kembarnya.
Peguam Sithole turut mendakwa anak guamnya kini berada dalam tahanan secara paksa dan akan menmbuat rayuan mahkamah untuk melepaskannya.
Dia turut berkata, anak guamnya tidak diberi akses kepada pelawat di wad psikiatri di mana dia didakwa ditahan.
Portal Independent Media melaporkan kandungan Sithole sahih dan kecuaian perubatan tidak pernah berlaku.
Laporan itu turut memetik lokasi 10 bayi kembar itu tidak diketahui setakat ini.
Topic Berkaitan
#kembar 10 bayi
#Gosiame Thamara Sithole
#Teboho Tsotetsi
#rekod dunia
#Afrika Selatan
#bayi
#keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan