awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu kahwini dua anak sendiri dipenjara kerana sumbang mahram

Agensi
Agensi
15/03/2018
22:26 MYT
Ibu kahwini dua anak sendiri dipenjara kerana sumbang mahram
Patricia Ann Spann (kiri) berkahwin dengan anaknya Misty Velvet Dawn Spann (kanan) pada 2016 - Foto Stephen County Jail
Seorang wanita yang mengahwini anak perempuannya dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas disabit kesalahan sumbang mahram.
Patricia Ann Spann, 45 tahun, hilang hak penjagaan ke atas anak perempuannya Misty Velvet Dawn Spann, 26 tahun, pada 2014.
Menurut laporan BBC, kedua-duanya bertemu semula pada Mac 2016 dan berkahwin selepas perkahwinan sejenis dibenarkan di sisi undang-undang di Oklahoma.
Penyiasat juga mendapati Patrician Ann Spann sebelum itu pernah berkahwin dengan anak lelakinya pada 2008.
Anaknya yang ketika itu berusia 18 tahun membatalkan perkahwinan berkenaan pada 2010 susulan dakwaan sumbang mahram.
Perkahwinan ibu dan anak perempuan ini dikesan selepas Jabatan Perkhidmatan sosial membuat pemeriksaan kebajikan ke atas anaknya.
Misty Spann bertindak membatalkan perkahwinan itu Oktober lepas atas alasan dia diperdaya ibunya untuk berkahwin.
Mangsa juga mendedahkan ibunya mendakwa sudah mendapat khidmat nasihat tiga peguam dan bertegas perkahwinan itu dibenarkan undang-undang.
Patricia Ann Spann pula mendakwa perkahwinan berkenaan adalah sah kerana dia tidak disenaraikan sebagai ibu kandung dalam sijil kelahiran.
Misty Spann mengaku bersalah atas dakwaan sumbang mahram pada November dan kini terpaksa menjalani tempoh percubaan 10 tahun serta kaunseling.
Sementara ibunya pula dikehendaki menjalani tempoh percubaan lapan tahun selain hukuman penjara yang dikenakan.
Di bawah undang-undang negeri Oklahoma, perkahwinan dalam kalangan keluarga terdekat dianggap kesalahan sumbang mahram.
Topic Berkaitan
#anak
#ibu
#kawin
#Oklahoma
#sumbang mahram
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan