Skip to main content

Dunia

ICAO perkenal peraturan baharu bank kuasa tingkat keselamatan penerbangan

61521117398_Powerbank.jpg
Peraturan itu turut melarang sebarang aktiviti mengecas semula peranti berkenaan semasa dalam penerbangan. - Gambar hiasan

OTTAWA: Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang beribu pejabat di Montreal, Kanada, mengumumkan peraturan baharu pada Jumaat yang mengehadkan setiap penumpang pesawat kepada maksimum dua unit peranti pengecas mudah alih atau bank kuasa.

Peraturan itu turut melarang sebarang aktiviti mengecas semula peranti berkenaan semasa dalam penerbangan, lapor Xinhua

Advertisement

Menurut spesifikasi baharu bagi bank kuasa berkuasa bateri litium yang berkuat kuasa serta-merta itu, kru kabin bagaimanapun masih dibenarkan membawa dan menggunakan peranti terbabit selaras dengan keperluan operasi pesawat.

ICAO dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa Panel Barangan Berbahaya telah memberikan khidmat nasihat pakar kepada badan penetap piawaian organisasi itu.

Susulan penilaian itu, pakar teknikal bebas daripada Suruhanjaya Navigasi Udara ICAO telah menyokong syor untuk meminda Arahan Teknikal bagi Pengangkutan Selamat Barangan Berbahaya Melalui Udara.

Syor berkenaan telah diluluskan oleh 36 negara anggota Majlis ICAO. Organisasi itu menyatakan bahawa satu adendum kepada arahan teknikal berkenaan akan diedarkan kepada semua 193 negara anggota ICAO.

--BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video