Skip to main content

Dunia

Empat kapal Freedom Flotilla di perairan Greece, teruskan misi Gaza

Vessels of the Global Sumud Flotilla, which was intercepted on international waters by the Israeli Navy, sail off the city of Ierapetra, on the island of Crete, Greece, May 1, 2026. REUTERS/Stefanos Rapanis
Empat kapal itu meneruskan perjalanan mereka melalui perairan wilayah Greece antara Semenanjung Peloponnese dan pulau Crete. - Gambar fail

ISTANBUL: Pegawai dari Global Sumud Flotilla berkata empat bot milik Freedom Flotilla Coalition kini sedang belayar melalui perairan wilayah Greece setelah berlepas dari pelabuhan Itali Syracuse pada Sabtu untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pegawai Global Sumud Flotilla dalam kenyataan berkata empat kapal itu meneruskan perjalanan mereka melalui perairan wilayah Greece antara Semenanjung Peloponnese dan pulau Crete.

Kenyataan itu menambah 32 bot milik Global Sumud Flotilla juga sedang menunggu dalam aturan di luar pantai selatan Crete, manakala rancangan pergerakan armada seterusnya akan didedahkan dalam beberapa jam akan datang.

Sementara itu, persiapan untuk bot-bot di Marmaris, sebuah bandar peranginan Mediterranean di Türkiye, yang dijangka menyertai Global Flotilla Sumud, sebahagian besarnya telah selesai, sementara aktiviti latihan aktivis diteruskan, kata pegawai.

Masa berlepas masih belum ditentukan.

Mereka juga menyatakan keadaan cuaca di laut dan strategi navigasi selamat sedang dinilai menjelang penggabungan flotila yang dirancang, sebelum belayar ke Gaza.

Lokasi masa nyata dan pergerakan bot flotila boleh dijejaki melalui platform pemantauan langsung Freedom Flotilla Coalition.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video