ICC tolak permohonan bekas Presiden Filipina Duterte untuk pembebasan sementara

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Jumaat menolak rayuan pembebasan sementara yang dikemukakan bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Jumaat menolak rayuan pembebasan sementara yang dikemukakan bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
- ICC menolak rayuan pembebasan sementara bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte, memutuskan suspek perlu kekal dalam tahanan ICC kerana risiko pengelakan keadilan yang tidak dapat dikurangkan.
- Bekas presiden tersebut tidak hadir pada sesi pembacaan keputusan mahkamah rayuan.
- Duterte ditahan atas dakwaan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan bertanggungjawab atas ribuan kematian semasa perang dadah antara tahun 2016 hingga 2022.
Bekas presiden itu tidak menghadiri sesi pembacaan keputusan oleh Hakim Luz del Carmen Ibanez Carranza.
Perkembangan terbaharu ini menyusul selepas ICC bulan lalu turut menolak permohonan pembebasan sementaranya, setelah mendapati terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa tertuduh telah melakukan jenayah di bawah bidang kuasa mahkamah dan bagi memastikan kehadirannya pada perbicaraan, mengelakkan campur tangan terhadap siasatan atau prosiding, serta menghalangnya daripada meneruskan jenayah tersebut.
Pada September lalu, anak Duterte, Naib Presiden Filipina Sara Duterte berkata sebuah negara ketiga yang tidak didedahkan bersetuju menerima bekas presiden itu sekiranya ICC meluluskan pembebasan sementara.
Duterte ditangkap pada 11 Mac di Manila di bawah waran ICC dan diterbangkan ke The Hague pada hari yang sama.
Beliau didakwa melakukan jenayah terhadap kemanusiaan, bertanggungjawab atas ribuan kematian sepanjang perang dadah yang digerakkannya antara 2016 dan 2022.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


