Perusahaan gedung perabot dan kediaman terkemuka dari Sweden, IKEA, telah hilang hak untuk menggunakan jenamanya sendiri di Indonesia selepas Mahkamah Tinggi negara itu telah meluluskan tanda dagang tersebut kepada syarikat tempatan.
Syarikat perabot rotan tempatan PT Ratania Khatulistiwa telah terlebih dahulu mendaftarkan tanda dagang IKEA pada Disember 2013, lapor portal The Guardian yang memetik laporan berita di Negara Garuda itu.
Syarikat yang menggunakan singkatan akronim I.K.E.A. itu adalah Intan Khatulistiwa Esa Abadi yang merupakan pemain industri pembuatan perabot berasaskan rotan.
Mahkamah memberitahu, jenama dari Sweden itu telah mendaftar tanda dagangnya pada 2010, bagaimanapun tidak menggunakan nama itu secara aktif selama tiga tahun berturut-turut untuk tujuan komersial.
Keadaan itu membolehkan tanda dagang tersebut terhapus di bawah undang-undang tanda perdagangan Indonesia.
Perintah tersebut diputuskan pada Mei tahun lepas namun hanya didedahkan di atas talian pada Khamis lalu.
Satu-satunya gedung IKEA di Indonesia telah dibuka di Tangerang, Jakarta pada penghujung 2014.
Jurucakap mahkamah pada Jumaat berkata, keputusan itu tidak dicapai secara sebulat suara. Salah seorang daripada panel tiga hakim berkata bahawa undang-undang tanda dagang itu tidak boleh diguna pakai kepada syarikat seperti IKEA, yang jauh lebih besar daripada plaintif iaitu Ratania.
Syarikat Indonesia itu membawa kes tersebut ke mahkamah pusat Jakarta pada pertengahan 2014, apabila IKEA sedang membangunkan gedung pertamanya. Pada September tahun yang sama, mahkamah telah menyebelahi Ratania dan memutuskan agar IKEA tidak menggunakan jenamanya.
IKEA buat masa ini sedang merayu kes itu ke Mahkamah Agung.
Agensi
Sat Feb 06 2016
IKEA Indonesia kini sedang merayu kes berkenaan penggunaan tanda dagang dan jenama itu ke Mahkamah Agung. - Gambar fail
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima remaja nakal sembunyi dan bermalam di IKEA ditangkap
Sekumpulan anggota polis telah digegaskan ke lokasi tersebut dan berjaya menangkap kelima-lima mereka.
Ini yang terjadi apabila gedung pertama IKEA dibuka di India
Ribuan pengunjung tidak mahu melepaskan peluang meninjau segala yang ditawarkan jenama yang memulakan sejarah dari Sweden itu.
IKEA gagal dapat hak gunakan jenama sendiri di Indonesia
Jenama dari Sweden itu telah mendaftar tanda dagangnya pada 2010, bagaimanapun tidak menggunakannya secara aktif selama tiga tahun berturut-turut untuk tujuan komersial.