awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imam masjid New York dan rakan mati ditembak di kepala

Agensi
Agensi
14/08/2016
05:26 MYT
Imam masjid New York dan rakan mati ditembak di kepala
Maulana Akonjee yang berasal dari Bangladesh menjadi mangsa jenayah pada siang hari di tempat awam. - Foto AP
Seorang imam sebuah masjid di New York dan seorang lagi rakannya telah ditembak pada waktu siang di kawasan awam sejurus mereka pulang daripada menunaikan sembahyang pada Sabtu.
Polis berkata, Imam Maulana Akonjee, 55, dan Thara Uddin, 64, ditembak di bahagian kepala selepas mereka meninggalkan Masjid Jamek Al-Furqan berdekatan Ozone Park, Queens sebelum jam 2 petang. Kedua-duanya maut serta-merta di tempat kejadian.
Pihak polis memberitahu, setakat ini belum ada motif dikenal pasti di sebalik kejadian itu, dan ‘belum ada sebab untuk mempercayai bahawa mangsa ditembak kerana mereka beragama Islam’.
Sehingga lewat Sabtu, tiada pihak yang ditahan berhubung kejadian berkenaan.
"Tiada penemuan pada awal siasatan untuk menunjukkan bahawa mereka menjadi sasaran penyerang kerana kepercayaan agama mereka,” kata Timbalan Inspektor Henry Sautner dari Jabatan Polis New York.
Sautner berkata, rakaman video daripada kamera litar tertutup menunjukkan kedua-dua mangsa didatangi dari arah belakang oleh penyerang yang memakai baju polo berwarna gelap dan berseluar pendek.
Suspek kemudiannya melarikan diri dari lokasi itu bersama pistol di tangannya.
Anak perempuan Muhammad Akonjee, Naima Akonjee, memberitahu bapanya dan Thara adalah rakan akrab yang selalu berjalan pulang bersama di laluan tersebut selepas menunaikan sembahyang.
Komuniti Islam Bangladesh yang selalu beribadah di masjid berkenaan mendesak agar kes tersebut diklasifikasi sebagai jenayah kebencian agama. Lebih daripada 100 orang berarak pada malam Sabtu sambil melaungkan, “Kami mahukan keadilan!”.
Komuniti Islam di New York berhimpun dan berarak bagi membantah kejadian yang menimpa dua mangsa tembak itu. - Foto AP
Komuniti Islam di New York berhimpun dan berarak bagi membantah kejadian yang menimpa dua mangsa tembak itu. - Foto AP
Topic Berkaitan
#Imam masjid New York
#Kes Tembak
#Maulana Akonjee
#Thara Uddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan