Menyaksikan sendiri isteri dan anak perempuannya mati akibat serangan tentera Myanmar, begitu perit untuk diingati oleh imam sebuah masjid di Kampung Mondu di wilayah Rakhine, Myanmar.
Peristiwa hitam itu memaksa Muhammad Sidiq, 78, untuk lari dari negara itu memasuki Bangladesh dan menjadi antara pelarian etnik Rohingya yang terpaksa berlindung di Kem Pelarian Kutupalong, kira-kira 35km dari sini.
"Ketika itu saya mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran apabila pasukan tentera datang menembak penduduk kampung dan membakar rumah-rumah," katanya menerusi penterjemah ketika ditemui di kem itu.
Dia yang baru tiba di kem itu 25 hari yang lepas berkata, pelbagai cabaran dan rintangan perlu dihadapi sebelum tiba di kem itu.
"Saya bersama enam orang lagi mengambil masa tujuh hari untuk sampai ke Kutupalong. Kami ada terserempak dengan tentera Myanmar tetapi berjaya menyembunyikan diri. Kami terpaksa berhati-hati kerana ada bom ditanam di banyak kawasan," katanya.
Muhammad Sidiq berkata semakin ramai penduduk Rohingya di wilayah Rakhine dibunuh kejam dan rumah-rumah dibakar, yang menjadi punca mereka terpaksa melarikan diri ke kawasan sempadan Bangladesh berhampiran Myanmar.
Bagi Nur Begum, 22, dia tidak tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupannya setelah melarikan diri dari Rakhine dan tiba di Kutupalong sejak 10 hari lepas bersama dua anak lelakinya berusia dua tahun dan empat bulan.
"Suami saya mati ditembak tentera. Kampung saya diserang. Saya dan anak-anak terpaksa melarikan diri. Saya ambil masa tiga hari untuk sampai bersama sekumpulan penduduk kampung. Dalam tempoh tiga hari itu, kami tak makan langsung. Hanya minum air," katanya.
Katanya kehidupannya kini perit untuk membesarkan anaknya tanpa suami dengan keadaan sebagai pelarian.
Tinjauan Bernama di kem pelarian itu mendapati semakin ramai pelarian Rohingya yang baru tiba dan mendaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). Jumlah pelarian semakin meningkat, dan ramai juga tidak berdaftar dengan UNHCR.
Keadaan mereka amat daif dengan kemudahan asas seperti air dan elektrik yang sangat terhad. Untuk makanan, mereka banyak bergantung kepada sumbangan daripada misi kemanusiaan.
Semasa di kem itu, penulis menemui Kisna Tara, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang menjadi yatim piatu apabila kedua-dua ibu bapanya dibunuh tentera Myanmar.
Sejak beberapa bulan lepas, dia dibawa ke Kutupalong oleh neneknya, Nur Aishah, 40.
Dilaporkan lebih sejuta penduduk etnik Rohingya berada di kem-kem pelarian di Bangladesh, dengan pertambahan ketara mereka yang melarikan diri ke Bangladesh sejak tercetusnya keganasan di Rakhine, Myanmar pada 25 Ogos.
Angka sebenar pelarian Rohingya tidak dapat dipastikan kerana ramai yang tidak berdaftar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2017
Menyaksikan sendiri isteri dan anak perempuannya mati akibat serangan tentera Myanmar, begitu perit untuk diingati oleh imam sebuah masjid di Kampung Mondu di wilayah Rakhine, Myanmar. - Foto Samsul Said
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.
Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh
Young Tigers mulakan saingan dengan langkah kanan apabila Muhammad Danish Danial mencipta jaringan menerusi gol padang pada minit kedua.
MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).
PM Anwar dijadual ke Dhaka untuk tingkatkan hubungan dengan Bangladesh
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan singkat ke Bangladesh pada 4 Okt.
Bangladesh hantar bantahan susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri India
Kementerian Luar Bangladesh mengemukakan bantahan keras terhadap kenyataan Shah yang disifatkan sebagai "sangat tidak dapat diterima".
Dua rakyat Malaysia bebas selepas jalani hukuman penjara di Bangladesh
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan dua warganegara Malaysia dibebaskan berikutan perintah Mahkamah Bangladesh selepas selesai menjalani hukuman kerana menyeludup emas ke Bangladesh.