Skip to main content

Dunia

Imej baharu dedah tahap kerosakan lebih besar di pangkalan AS akibat serangan Iran

Imej baharu menunjukkan kemusnahan di beberapa pangkalan tentera AS di Asia Barat susulan serangan peluru berpandu dan dron oleh Iran. - Foto X/@Megatron_ron
Imej baharu menunjukkan kemusnahan di beberapa pangkalan tentera AS di Asia Barat susulan serangan peluru berpandu dan dron oleh Iran. - Foto X/@Megatron_ron

Advertisement

Advertisement

WASHINGTON: Imej yang diperoleh media Amerika Syarikat, CBS News, mendedahkan kerosakan besar di beberapa pangkalan tentera AS di Asia Barat akibat serangan Iran, termasuk pesawat radar musnah, bangunan rosak dan kemudahan ketenteraan yang hancur.

Gambar itu diterbitkan sehari selepas laporan Pentagon mengesahkan ratusan bangunan dan struktur di pangkalan AS di rantau berkenaan mengalami kerosakan atau kemusnahan akibat serangan Iran.

Menurut laporan tersebut, kerugian peralatan ketenteraan AS dianggarkan mencecah AS$3.7 bilion, manakala keseluruhan kos konflik sehingga 29 Jun berjumlah AS$33.4 bilion.

Advertisement

Pakar keselamatan turut menyifatkan kerosakan yang didedahkan itu sebagai petunjuk bahawa pertahanan AS tidak bersedia sepenuhnya menghadapi ancaman berkenaan.

Sementara itu, tekanan politik terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump untuk menamatkan konflik semakin meningkat ketika usaha membendung perang itu terus menjadi perdebatan di Kongres AS.

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement