awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IMF unjur pertumbuhan ekonomi UAE kekal sekitar 4 peratus pada 2025

Bernama
Bernama
24/01/2025
15:30 MYT
IMF unjur pertumbuhan ekonomi UAE kekal sekitar 4 peratus pada 2025
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis selepas lawatan kakitangan ke UAE, IMF menyerlahkan daya tahan ekonomi negara itu dan menggariskan faktor utama yang memacu prestasi ekonominya. - Gambar fail/Reuters
ABU DHABI: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mengekalkan pertumbuhan sekitar empat peratus pada 2025, lapor Xinhua.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis selepas lawatan kakitangan ke UAE, IMF menyerlahkan daya tahan ekonomi negara itu dan menggariskan faktor utama yang memacu prestasi ekonominya.
"Pertumbuhan jangka pendek kekal kukuh dan dijangka terus sihat sekitar empat peratus pada 2025, meskipun pengeluaran minyak yang lebih rendah daripada jangkaan berikutan perjanjian OPEC+," menurut kenyataan itu.
Sektor bukan hidrokarbon, termasuk pelancongan, pembinaan, perbelanjaan awam dan perkhidmatan kewangan, dijangka menjadi pemacu utama pertumbuhan, disokong oleh aliran masuk modal yang kukuh serta peningkatan permintaan terhadap hartanah hasil daripada reformasi sosial dan mesra perniagaan, tambah laporan itu.
IMF turut menjangkakan KDNK hidrokarbon akan berkembang lebih daripada 2.0 peratus pada 2025. Inflasi dijangka kekal terkawal pada kadar sekitar 2.0 peratus, walaupun terdapat peningkatan kos dalam perumahan dan utiliti.
Lebihan fiskal diramal menyederhana kepada kira-kira empat peratus daripada KDNK pada 2025, berbanding anggaran lima peratus pada 2024, manakala hasil bukan hidrokarbon dijangka meningkat dengan pelaksanaan cukai pendapatan korporat. Hutang awam diramalkan kekal sekitar 30 peratus daripada KDNK, dengan lebihan akaun semasa diunjurkan pada kadar 7.5 peratus daripada KDNK dan rizab antarabangsa mencukupi untuk menampung lebih lapan setengah bulan import.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNK
#OPEC
#rizab antarabangsa
#IMF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan