awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India ambil tindakan bendung penyebaran ugutan bom palsu di media sosial

Bernama
Bernama
27/10/2024
04:45 MYT
India ambil tindakan bendung penyebaran ugutan bom palsu di media sosial
Lebih 300 penerbangan di negara itu dilaporkan menerima ancaman bom, menyebabkan sebahagian daripadanya terpaksa dilencongkan. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Kerajaan India pada Sabtu mengarahkan platform media sosial untuk mencegah penyebaran ugutan bom palsu yang menyasarkan syarikat penerbangan, sekolah, hospital, dan hotel di seluruh negara, lapor Xinhua.
Dalam nasihat yang dikeluarkan kepada syarikat media sosial, Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat mengarahkan mereka untuk segera menghapuskan maklumat palsu, melaporkan ancaman dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Lebih 300 penerbangan di negara itu dilaporkan menerima ancaman bom, menyebabkan sebahagian daripadanya terpaksa dilencongkan.
Menteri penerbangan awam persekutuan India, Ram Mohan Naidu berkata awal minggu ini bahawa keselamatan kekal menjadi keutamaan kerajaan dan peraturan sedang dipinda untuk menyenaraikan individu yang membuat panggilan ancaman sedemikian dalam senarai larangan terbang.
Pada Jun lalu, Biro Keselamatan Penerbangan Awam, badan keselamatan penerbangan awam India, mencadangkan larangan penerbangan selama lima tahun bagi mereka yang mengeluarkan ancaman itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#ancaman bom
#media sosial
#sasar syarikat penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan